HomeIsu tempatanDua bot tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan

Dua bot tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan

Read Time:1 Minute, 51 Second

Tawau :  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan dua buah bot tempatan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta perikanan dan Ordinan Perkapalan Saudagar dalam dua tangkapan berasingan semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, dalam operasi yang dijalankan pihaknya berjaya mengesan dan memeriksa sebuah bot nelayan yang sedang menunda pukat di kedudukan 1.5 batu nautika selatan Batu Tinagat pada jam 5.10 petang.

Katanya, pemeriksaan ke atas bot nelayan terbabit mendapati seorang juragan bersama empat awak-awak lelaki warga Indonesia masing-masing berusia antara 23 hingga 42 tahun memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

“Namun begitu, pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut telah melanggar syarat sah lesen dengan menjalankan aktiviti menunda pukat di bawah jarak dua batu nautika daripada daratan berdasarkan kedudukan bot tersebut.

“Kira-kira sejam selepas penahanan itu, bot peronda Maritim Malaysia turut berjaya menahan sebuah bot kargo ldi kedudukan 1.5 batu nautika barat daya Pelabuhan Tawau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkata, pemeriksaan ke atas bot yang membawa muatan buah sawit dari Pulau Sebatik menuju ke perairan Tinagat itu mendapati seorang nakhoda bersama dua krew lelaki warga tempatan masing-masing berusia antara 24 hingga 59 tahun mengoperasikan bot ketika lesen tamat tempoh.

Katanya, kedua-dua bot bersama muatan serta krew seterusnya ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia.

Katanya, bot dan krew itu akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952-MSO kerana didapati melanggar syarat sah lesen.

“Kesemua barangan termasuk kedua-dua bot dan muatan disita sehingga proses siasatan selesai dengan nilai rampasan keseluruhan hampir RM300,000,” katanya.

Shahrizan turut menegaskan kepada komuniti maritim setempat untuk sentiasa lebih peka dengan syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan.

Pihaknya tidak akan berkompromi jika didapati pengusaha bot gagal mematuhi syarat sah lesen yang dikeluarkan.

“Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan dan mengoptimumkan pengoperasian bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah (ESSZONE).

“Sekiranya terdapat sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau, hubungi Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752116 dan talian MERS 999,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular