HomeIsu tempatanDewan DHRM bakal beri manfaat kepada lebih 800 penduduk

Dewan DHRM bakal beri manfaat kepada lebih 800 penduduk

Read Time:1 Minute, 43 Second

Beaufort :   Dewan Perpaduan Datuk Haji Ruslan Muharam (DHRM) Kampung Karangan yang dijangka siap Julai ini bakal memberi manfaat kepada lebih 800 orang penduduk dan kampung sekitarnya. 

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata pembinaan dewan tersebut telah dirancang sejak dua tahun lalu dan akan berfungsi sebagai pusat aktiviti bagi semua lapisan masyarakat serta sekolah-sekolah.

“Dewan ini telah pun kita rancang dua tahun yang lepas dan pada tahun ini kita dapat melaksanakannya di mana kampung ini tidak mempunyai dewan.

“Dewan ini bukan semata-mata untuk masyarakat Kampung Karangan sahaja tetapi ia boleh digunakan oleh kampung-kampung sekitarnya dan juga sekolah-sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan Dewan Perpaduan DHRM di sini, semalam.

Ruslan berkata, dewan-dewan yang telah siap sebelum ini banyak digunakan oleh sekolah-sekolah untuk sukan yang dianjurkan.

“Kampung karangan berdekatan dengan Kampung Lumadan dan sekitarnya, kita yakin dewan ini akan dimanfaatkan oleh golong belia kerana jajaran jalan raya ada dan mungkin lebih ramai lagi akan menggunakan dewan ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, dengan pembinaan dewan terbuka berkenaan dapat melunaskan janji kepada rakyat dalam usaha menyedia prasarana dan mensejahterakan rakyat. 

“Dengan adanya pembinaan dewan ini salah satunya dapat menunaikan janji kita kepada rakyat.

“Kedua, kita dapat mensejahterakan rakyat khususnya masyarakat di Kampung Karangan dan sekitarnya dan ketiganya kita dapat menambah satu lagi prasarana yang memang perlu kita bina di kampung ini kerana tidak ada dewan dan ini tentu akan memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Katanya, pembinaan dewan menerusi peruntukan ADUN berjumlah RM200,000 itu turut dilengkapi kemudahan seperti tandas dan pentas di atas tapak tanah seluas 80 x 50 kaki yang telah diwartakan. 

“Untuk dewan jenama Dewan Perpaduan ini yang keempat bagi Zon Weston dan sebentar lagi kita akan ke Kampung Lupak di bawah Zon Gadong untuk pecah tanah dewan seumpama.

“Melalui kerajaan GRS pada hari ini, kita ada tujuh dewan seumpama ini iaitu empat di Zon Weston dan tiga di Zon Gadong,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular