HomeIsu tempatanSABANA anjur makan malam amal, kumpul dana projek pembangunan bola jaring

SABANA anjur makan malam amal, kumpul dana projek pembangunan bola jaring

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Persatuan Bola Jaring Sabah (SABANA) akan menganjurkan Makan Malam Amal yang bertujuan mengumpul dana bagi mengadakan projek -projek pembangunan bola jaring di negeri ini.

Presiden SABANA Chendramata Sinteh berkata, majlis yang dijangka akan diadakan pada 21 Jun itu juga akan turut membantu pasukan yang akan dihantar ke Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak Ogos ini.

“Persediaan ke SUKMA 2024 tidak hanya memerlukan sebulan dua tetapi persiapannya telah diadakan sejak dari tahun lalu lagi. Kita memerlukan dana yang banyak untuk menampung perbelanjaan mengendalikan pelbagai latihan, pemilihan pemain dan kejohanan-kejohanan persahabatan.

“Jadi kita memerlukan dana dan diharapkan majlis amal ini nanti berjaya mengumpul jumlah yang diperlukan bagi menyediakan pasukan ke SUKMA 2024 ataupun program pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni, di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

Chendramata berkata, Toh Puan Norlidah akan menghadiri majlis makan malam amal tersebut yang akan diadakan pada minggu ketiga Jun ini.

Dalam pada itu, Chendramata turut memaklumkan harga meja yang dijual bermula RM2,000 sehingga RM10,000 dan mana-mana pihak yang berminat untuk menyokong program amal itu bolehlah berhubung terus dengan ahli jawatankuasa, Bibi Zairah (013-8868717) atau Lina Othman (013-8806611).

Katanya, SABANA menyasarkan untuk menduduki tiga tempat teratas pada temasya SUKMA kali ini dan antara kejohanan persediaan yang telah disertai adalah Kejohanan Remaja Kebangsaan pada Mac lepas dengan memenangi tempat keempat.

Terdahulu, Toh Puan Norlidah turut menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Biro Pembangunan Ekonomi dan Usahawanita PRESBAH, Datuk Paduka Rehan Rahim dan rombongan.

Kunjungan itu bertujuan untuk menjemput Toh Puan Norlidah menghadiri Majlis Anugerah Wanita Gemilang 2024.

Seramai 37 penerima anugerah akan diraikan pada majlis yang juga akan dihadiri oleh isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima 468 pelajar baharu program asasi, 40 asasi agrisains

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular