HomeUtamaSokongan ibu bapa, tenaga pengajar kunci utama kejayaan pelajar cemerlang SPM 2023

Sokongan ibu bapa, tenaga pengajar kunci utama kejayaan pelajar cemerlang SPM 2023

Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu : Sokongan ibu bapa dan tenaga pengajar di sekolah menjadi kunci utama kepada kejayaan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 Raihan Camelia Mustapa,18.

Raihan yang bersekolah di Sekolah Menengah (SM) Islamiah Tawau itu berjaya memperoleh keputusan 10 A+ dan 1 A.

“Pencapaian ini bukan usaha daripada usaha semata-mata tetapi dari sokongan ibu bapa dan semua tenaga pengajar di sekolah.

“Tips saya mudah, saya peruntukkan masa satu hingga dua jam setiap hari untuk belajar terutama pada waktu tengah malam iaitu jam 12  hingga 1 pagi. Disitu saya mula menghafal sebab mata pelajaran saya ambil kebanyakkan perlu menghafal selain perlu buat latihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sijil penghargaan kecemerlangan daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin.

Sijil itu disampaikan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan SPM 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Anak sulung dari tiga beradik itu berkata, pembahagian masa dalam melaksanakan aktiviti ko-kurikulum dan pembelajaran dalam seharian amat dititikberatkan.

“Saya aktif dalam persatuan tetapi kurang dalam bidang sukan dan pembahagian masa juga penting dimana saya akan mengutamakan perkara yang lebih utama dahulu baru saya teruskan dengan perkara lain.

“Selain itu, saya juga merupakan ketua aspuri di asrama, memang saya akui agak susah tapi Alhamdulilah pembahagian masa telah membuktikan kecemerlangan saya pada kali ini,” katanya.

Dalam pada itu, Raihan berkata, dia bercadang untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan Jordan menjadi pilihan.

“Kalau boleh saya magu ambil bidang pengajian Islam di salah sebuah Universiti di Jordan,” katanya. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Utama

51 rumah setinggan dirobohkan, 6 PTI ditangkap

Buaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular