HomeUtamaMahkamah Rayuan benarkan SLS teruskan semakan kehakiman isu hak 40 peratus...

Mahkamah Rayuan benarkan SLS teruskan semakan kehakiman isu hak 40 peratus hasil Sabah

Read Time:29 Second

KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) untuk meneruskan semakan kehakiman berkaitan isu hak 40 peratus hasil negeri itu.

Panel tiga hakim dipengerusikan oleh P Ravinthran bersama hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Choo Kah Sing hari ini sebulat suara menolak rayuan kerajaan persekutuan untuk membatalkan kebenaran semakan kehakiman yang diberikan sebelum ini.

SLS memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 2022 bagi membatalkan warta Kerajaan Persekutuan mengenai geran tahunan sebanyak RM125.6 juta untuk Sabah dengan mendakwa ia melanggar hak hasil negeri itu di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

RELATED ARTICLES
Utama

Gagasan Rakyat Likas jadi rakan strategik DBKK bagi penduduk di DUN...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular