HomeUtamaBanduan akhir teraniaya, bebas hukuman mati

Banduan akhir teraniaya, bebas hukuman mati

Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Lelaki berusia 50 tahun terlepas dari hukuman mati bagi kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas diberi pengampunan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah pada 23 April 2024.

David bukan nama sebenar telah menjalani hukuman penjara sebagai banduan akhir (BA) sejak 18 tahun yang lalu.

Dia dituduh terlibat dengan satu kes pembunuhan seorang pekerja dan mencederakan pekerja lain di sebuah kedai serbaneka di pekan Donggongon pada 2001.

“Saya sangat bersyukur kerana terlepas daripada tuduhan membunuh itu kerana kesalahan yang bukan saya lakukan, saya teraniaya,” katanya ketika ditemui pemberita semasa program Jalinan Kasih Sempena Pesta Kaamatan dan Raya Aidiladha Tahun 2024 di Penjara Pusat Kota Kinabalu pada Khamis (20 Jun).

David adalah antara 29 penghuni penjara yang terpilih untuk menyertai program Jalinan Kasih tersebut.

Pada program itu, penghuni diraikan bersama keluarga masing-masing dengan suasana yang bercampur tangisan dan gembira semasa mereka ditemukan.

David berkata, program itu adalah paling bermakna buatnya kerana buat pertama kali dia diberi peluang bertemu keluarga untuk meraikan kaamatan bersama-sama.

“Hari ini saya sangat gembira kerana ibu saja juga hadir bersama-sama meraikan. Saya berharap ibu saya akan sentiasa sihat sehingga saya dibebaskan nanti.

“Saya ada baki tiga tahun lagi di sini, ibu saya pesan supaya saya teruskan berkelakuan baik dan berharap akan dibebaskan awal melalui Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL),” ujarnya.

David turut menasihatkan orang ramai di luar sana supaya tidak keluar pada waktu lewat malam sekiranya tiada keperluan atau kepentingan kerana tuduhan saksi terhadapnya kejadian pembunuhan itu berlaku pada tengah malam.

“Walaupun saya teraniaya, tuduhan itu adalah kesilapan saya sendiri kerana saya suka keluar berjalan-jalan pada waktu lewat malam bersama kawan-kawan untuk minum-minum.

“Nasihat saya mereka yang di luar sana supaya jangan keluar pada waktu malam sekiranya tiada kepentingan,” katanya.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular