HomeIsu tempatan'Fun Fair' diarah henti operasi, gagal pamer permit operasi yang sah

‘Fun Fair’ diarah henti operasi, gagal pamer permit operasi yang sah

Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Sebuah pesta ria atau ‘fun fair’ yang beroperasi tanpa permit di Pekan Inanam di sini diarah untuk menghentikan operasi serta merta selepas didapati gagal mempamerkan permit pengoperasian yang sah.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan,  pihaknya juga telah mengeluarkan satu notis kepada pengusaha bagi mengalihkan struktur dan semua logistik sebelum 29 Jun lalu namun pengusaha masih gagal mematuhi arahan yang ditetapkan.

“Berikutan itu, satu kompaun di bawah Seksyen 4 Ordinan Hiburan Awam 1958 bernilai RM3,000 telah dikeluarkan kerana menjalankan aktiviti hiburan awam tanpa lesen pada 1 Julai lalu.

“Meskipun notis telah diberikan untuk mengalihkan struktur dan semua logistik sebelum 29 Jun namun hasil pemeriksaan susulan mendapati tiada tindakan diambil oleh pengusaha dan ‘fun fair’ masih beroperasi seperti biasa,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

DBKK berkata, semua pengusaha premis perniagaan dan hiburan di sekitar bandar raya adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan dan menjalankan operasi perniagaan mengikut prosedur yang betul. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima 468 pelajar baharu program asasi, 40 asasi agrisains

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular