HomeUtama33 ahli PPK Nabawan dibantu miliki jentera pertanian

33 ahli PPK Nabawan dibantu miliki jentera pertanian

Read Time:1 Minute, 31 Second

Nabawan :  Seramai 33 ahlli Unit Peladang Malima, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Nabawan dibantu untuk memiliki jentera berjumlah RM90,740 melalui Program Pemilikan Jentera Kecil dan Sederhana Secara Geran Padanan.

Penyerahan bantuan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) itu disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup di Pejabat Stor Baja Unit Malima PPK Nabawan.

Arthur berkata melalui inisiatif itu, LPP menawarkan sumbangan pembelian jentera dengan nisbah 70:30 iaitu 70 peratus daripada nilai jentera atau peralatan akan disumbangkan oleh LPP.

Katanya, sementara 30 peratus lagi adalah sumbangan pemohon dengan pembelian jentera atau peralatan sehingga RM20,000.

“Sehubungan itu, atas keprihatinan Kerajaan para penerima mesin hanya perlu mengeluarkan kos sebanyak RM27,199 manakala RM 63,541 nilai jentera akan dibiayai oleh Lembaga Pertubuhan Peladang di bawah program pemilikan jentera kecil dan sederhana ini.” Katanya.

Dalam pada itu, Arthur menyeru ahli-ahli PPK yang terlibat dalam bidang pertanian untuk mengambil peluang tersebut dan memohon di pejabat pertubuhan peladang mengikut bidang usaha masing-masing.

Katanya, secara umumnya antara jentera yang boleh dipohon adalah seperti mini jentuai, traktor dua roda, jentanam dan peralatan pertanian yang bersesuaian.

“Kerajaan menetapkan syarat yang mudah bagi memastikan golongan-golongan petani dapat memiliki jentera antaranya adalah merupakan ahli PPK, berumur 18 tahun ke atas serta terlibat atau menjalankan aktiviti pertanian yang melibatkan pengeluaran agromakanan,” katanya.

Di majlis yang sama, Arthur turut menyerahkan geran agriprentice kepada seramai lima orang penerima dengan peruntukan berjumlah RM100,000 bagi pelaksanaan projek pertanian Hidroponik yang akan dibimbing usahawan tani tempatan Amran Jining.

Beliau berharap dengan kemudahan pemilikan jentera serta kaedah pertanian moden seperti pertanian hidroponik akan dapat menarik minat lebih ramai golongan muda untuk turut serta merancakkan sektor agromakanan.

Hadir sama, Ketua Pengarah LPP, Amir Matamin; Pengarah LPP Sabah, Hadriyani Ahmad dan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Nabawan, Ardin Lakunsim. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Jangan terikut-ikut provokasi pihak pertikai perlantikan Tun Musa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular