HomeUtamaDUN Sabah : 37 kluster inap desa direkodkan di Sabah

DUN Sabah : 37 kluster inap desa direkodkan di Sabah

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 37 kluster inap desa atau ‘homestay’ terdapat di negeri ini melibatkan 17 buah daerah di Sabah.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata, jumlah itu turut melibatkan sebanyak 459 orang peserta ‘homestay’ di seluruh Sabah.

“Antaranya adalah di Kota Kinabalu (tiga kluster); Kota Belud (9 kluster); Papar (2 kluster); Kota Marudu (1 kluster); Kuala Penyu (1 kluster); Beaufort (2 kluster); Kinabatangan (4 kluster) dan Kudat (1 kluster).

“Selain itu, terdapat juga di Lahad Datu (3 kluster); Penampang (1 kluster); Pitas (1 kluster); Ranau (2 kluster); Semporna (1 kluster); Sipitang (1 kluster); Tambunan (2 kluster); Tuaran (2 kluster dan Tawau satu kluster,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Dr. Yusof @ Josree Yacob (Sindumin-PGRS) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Joniston berkata, pihaknya juga sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang merupakan penyelaras bagi program Homestay di Malaysia bagi menjalin keterlibatan secara berterusan dengan pengusaha ‘homestay’ yang berdaftar.

Katanya, pelbagai kursus telah ditawarkan oleh MOTAC untuk meningkatkan kemahiran kepada para pengusaha homestay seperti kursus pemasaran digital, kursus asas bahasa, kursus Mesra Malaysia, kursus mengenai kelestarian alam dan lain-lain lagi.

“Pada masa sama, MOTAC juga sentiasa mengadakan mesyuarat tahunan bersama penyelaras kluster homestay bagi mendapatkan maklumbalas serta mengenai pasti masalah yang dihadapi termasuklah isu-isu semasa berkenaan scammer dan penipuan.

“Bagi mengelakkan kes-kes sedemikian semakin berleluasa, pihak pihak MOTAC sememangnya telah membangunkan laman sesawang iaitu Program Pengalaman Homestay Malaysia dimana senarai-senarai pengusaha homestay boleh diperolehi melalui laman sesawang tersebut untuk dijadikan panduan kepada pengguna mahupun pelancong,
katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

51 rumah setinggan dirobohkan, 6 PTI ditangkap

Buaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular