HomeIsu tempatanUMS, Switch perkasa teknologi digital dalam pendidikan

UMS, Switch perkasa teknologi digital dalam pendidikan

Read Time:1 Minute, 51 Second

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh jalinan kerjasama dengan pihak teknologi digital sebagai langkah memperkasa advance tecnology melalui memorandum persefahaman (MoU) bersama Switch (Apple Premium Partners).

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, kerjasama tersebut antara lain bertujuan merealisasikan hasrat objektif Dasar Pendidikan Tinggi Negara bagi meningkatkan kemahiran teknikal.  

Katanya, MoU selama tiga tahun itu merupakan inisiatif untuk memastikan warga UMS dan graduan memiliki kemahiran teknikal dan soft skills yang relevan dalam industri.

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) serta Pusat e-Pembelajaran UMS atas usaha memperkukuhkan kandungan kreatif untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran di negara ini.

“Ini merupakan kali pertama majlis menandatangani MoU diadakan oleh Apple Premium Partners dengan agensi pendidikan di Borneo.

“MoU UMS dan industri teknologi Apple dijangka akan memberi impak yang tinggi dalam pembangunan kandungan kurikulum dengan teknologi iOS, latihan praktikal, sesi khas dan bengkel, sumber pembelajaran, serta jaringan dan kolaborasi,” katanya. 

Tambah Kasim, UMS komited untuk menggalas serta merealisasikan dasar dan hasrat kerajaan mendigitalkan Malaysia dalam semua sektor. 

“MoU ini turut menggariskan hasrat untuk memberikan akses kepada teknologi dan pembangunan kandungan digital bagi menuju ke arah pendigitalan Pengembangan Aplikasi Mudah Alih iaitu pengetahuan dalam pengembangan aplikasi iOS merupakan teknologi maju yang diperlukan oleh graduan mengikut keperluan industri. 

“Saya percaya kepakaran dan teknologi yang diperkenalkan daripada kerjasama ini akan lebih menggalakkan lagi penggunaan teknologi dan mencipta inovasi dan seterusnya meningkatkan kualiti dan produktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Mengulas lanjut Kasim berkata, usaha tersebut akan membuka potensi kepada seluruh anak-anak di Sabah untuk memacu inovasi, mengubah industri dan membentuk Malaysia yang lebih terhubung.

“Semua yang kita lihat sekarang bukan sekadar kemajuan teknologi semata-mata tetapi lebih kepada masa depan inovasi, keterhubungan serta pembangunan sosioekonomi,” katanya.

Pada MoU tersebut, UMS diwakili Kasim dan Pendaftar, Luqman Ridha Anwar, manakala pihak Switch diwakili oleh Pengurus Kanan Perniagaan Switch, Goh Shen U dan Pengurus Kanan Jualan Korporat Switch, Nur A’shikin Kamal Shah. 

Turut menyaksikan penandatangan MoU, Ketua Menteri Sabah merangkap Pro-Canselor UMS, Datuk Seri Hajiji Noor; Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; Pengurus Perniagaan dan Pendidikan Apple, Kartini Mohd. Basri serta Pengurus Kepimpinan dan Pembelajaran Apple, Wan Noraini Wan Daud.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

October BIG Day usaha pupuk minat aktiviti memerhati burung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular