HomeUtama5,767 pelajar berjaya terima manfaat bantuan BUDI tahun lalu

5,767 pelajar berjaya terima manfaat bantuan BUDI tahun lalu

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh SABAH MEDIA TEAM

Kota Kinabalu : Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) yang diperkenalkan Kerajaan Sabah sejak beberapa tahun lalu berjaya memberi manfaat kepada 5,767 pemohon di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, jumlah itu adalah melibatkan pemohon bagi peringkat pengajian Ijazah; Diploma; Asasi dan Matrikulasi.

Katanya, seramai 3,098 pemohon melibatkan pemohon peringkat Ijazah; 1,179 peringkat Diploma; 291 orang (Asasi) dan 599 orang di peringkat Matrikulasi.

“Daerah Kota Kinabalu mencatatkan pemohon tertinggi melibatkan pemohon seramai 791 dan diikuti Tawau (721); Sandakan (605); Papar (342);Keningau (322); Tuaran (316); Keningau dan beberapa daerah lain.

“Selain itu, seramai 11,858 pelajar yang layak pada tahun lalu telah berjaya menerima Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Arifin yang juga Naib Presiden Gagasan Rakyat berkata, pada tahun ini sebanyak 4,326 permohonan dibawah tajaan Yayasan Sabah (YS) telah diluluskan.

Katanya, bagi program biasiswa menengah, seramai 392 orang telah mendapat manfaat dengan jumlah peruntukan berjumlah RM1.99 juta dan seramai 1,064 orang mendapat manfaat menerusi program pinjaman dengan jumlah peruntukan RM19 juta.

Manakala bagi program biasiswa, Arifin berkata, seramai 2,807 orang pelajar mendapat manfaat dengan jumlah peruntukan sebanyak RM47 juta.

“Bagi Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) yang dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini jumlah telah meluluskan peruntukan berjumlah RM7.08 juta kepada 7,299 pelajar yang telah memohon,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Naiktaraf Sook sebagai daerah penuh mudahkan penduduk terima perkhidmatan lebih baik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular