HomeUtamaProgram SciMaTech dicadang dilaksanakan di seluruh Sabah

Program SciMaTech dicadang dilaksanakan di seluruh Sabah

Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh SABAH MEDIA TEAM

Kota Kinabalu : Program Jelajah Sains, Matematik dan Teknologi (SciMaTech) yang sebelum ini diadakan di Lahad Datu dicadang untuk dilaksanakan di setiap daerah seluruh negeri Sabah.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Silam Datuk Mizma Appehdullah berkata, sasaran untuk mencapai 60 peratus pelajar minat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) masih belum tercapai setakat ini.

“Baru-baru ini ada beberapa pihak universiti dan guru-guru, menyatakan kerisauan mereka terhadap pelajar STEM semakin berkurang. Kita sasarkan 60 peratus tetapi hanya mencapai 30 peratus setakat ini.

“Menyedari betapa pentingnya bidang STEM ini di Sabah, saya menyahut saranan untuk menjadi perintis kepada program SciMaTech di Lahad Datu sebelum ini yang mensasarkan komitmen pelajar, ibu bapa dan guru.

“Peranan ketiga-tiga ini adalah penting dalam melahirkan lebih ramai bakat dalam bidang STEM di masa hadapan,” katanya ketika menyampaikan ucapan usul pendidikan pada Perhimpunan Agung Tahunan Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Mizma berkata, program itu digerakkkan oleh pakar-pakar STEM yang berkongsi formula bagi menguasai matematik dan sains dalam kedah yang menyeronokkan. 

Katanya, hasil daripada program itu, sebanyak 18 pelan strategik pembangunan bidang STEM telah dikenalpasti.

“Saya percaya ini boleh disesuaikan dengan pembangunan STEM di seluruh Sabah. Maka dengan itu saya mencadangkan agar program ini dilaksanakan di setiap daerah seluruh Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hujan lebat dijangka berlaku sehingga 10 malam ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular