HomePendapatProjek BESS Mengali Lubang Lebih Dalam Bagi Sabah Electricity

Projek BESS Mengali Lubang Lebih Dalam Bagi Sabah Electricity

Read Time:8 Minute, 44 Second

Oleh WAN AZRAIN ADNAN

1.        Malangnya, Sabah cukup terkenal dengan isu bekalan elektrik, di mana gangguan bekalan elektrik kerap-kali berlaku sepanjang tahun. Sehinggakan situasi ini telah menjejaskan kesejahteraan hidup penduduk dan aktiviti ekonomi di Sabah.  Tambahan lagi, situasi ini turut merencatkan usaha kerajaan bagi menarik pelaburan ke Sabah.

2.        Berdasarkan data sediada, Sabah telah merekodkan Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem/ System Average Interruption Duration Index (SAIDI) yang jauh lebih tinggi, berbanding dengan Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Sebagai contoh. SAIDI Sabah adalah hampir 500% lebih tinggi daripada SAIDI Semenanjung Malaysia.

SAIDI mengukur purata tempoh gangguan bekalan elektrik yang di alami oleh pengguna dalam tempoh masa setahun.

3.        Justeru itu, bagi menangani isu bekalan elektrik ini, Sabah Electricity telah mensasarkan peningkatan margin rizab elektrik kepada 30% menjelang 2030, daripada 4% ketika ini.

4.        Jumlah margin rizab elektrik yang mencukupi adalah penting sebagai ‘back-up’ bagi menampung permintaan bekalan elektrik sekiranya berlaku gangguan di loji penjanaan elektrik.

5.        Antara tindakan utama yang telah di ambil oleh Sabah Electricity untuk tujuan tersebut ialah pelaksanaan projek Sistem Simpanan Tenaga Bateri/ Battery Energy Storage System (BESS) di Lahad Datu. Pembinaan infrastruktur BESS ini akan meningkatkan kestabilan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah.

6.        Menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia (PETRA), pada tahun 2023, kawasan Pantai Timur Sabah telah mencatatkan margin rizab elektrik negatif, iaitu -30%. Dalam bahasa mudah, langsung tiada ‘back-up’ untuk situasi kecemasan.

7.        Projek BESS berkenaan adalah yang pertama di Malaysia dan terbesar di Asia Tenggara, dengan kapasiti 100 Megawatt (MW), dan keupayaan maksimum kapasiti simpanan tenaga sebanyak 400 megawatt-hours (MWh).

8.        Pembinaan infrastruktur BESS ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 645 juta. Ianya di jangka akan mula beroperasi pada pertengahan tahun 2025.

9.        Secara dasarnya, projek BESS ini adalah satu projek yang tepat bagi menangani isu bekalan elektrik di Sabah, terutamanya di Pantai Timur Sabah. Ianya dapat meningkatkan margin rizab elektrik Sabah kepada 20%.  

Dengan itu, penduduk Sabah boleh menikmati kehidupan yang lebih sejahtera.

10.      Malangnya, projek BESS ini telah terkait dengan kontroversi berhubung kos projek dan ketelusan pelantikan syarikat kontraktor. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru telah mendakwa bahawa kos projek syarikat kontraktor yang telah di lantik oleh Sabah Electricity, iaitu MSR Green Energy, adalah jauh lebih tinggi dari syarikat-syarikat lain yang sama-sama membida untuk projek tersebut. 

11.      Beliau mendakwa ada dua lagi pembida yang memenuhi semua kelayakan tender projek dan mengemukakan bidaan yang lebih rendah, iaitu RM 599 juta dan RM 512 juta.

Ini bermakna bidaan MSR Green Energy mencecah RM 133 juta lebih tinggi dari pembida-pembida yang layak tersebut.

12.      Tambahan lagi, beliau turut mendakwa MSR Green Energy tidak memenuhi kelayakan minimum untuk di lantik melaksanakan projek BESS ini:

  • tidak memiliki sijil dan kepakaran teknikal
  • tidak memiliki pengalaman melaksanakan, operasi dan penyelenggaraan berkaitan projek sebegini
  • tidak memiliki kedudukan kewangan yang kukuh, dengan mencatatkan kerugian dan nilai bersih aset negatif (iaitu liabiliti melebihi aset)

13.      Justeru itu, beliau mempersoal ketelusan proses pelantikan MSR Green Energy sebagai kontraktor untuk projek BESS. Dan seterusnya meminta Sabah Electricity untuk memberi penjelasan.

14.      Susulan itu, Pengerusi Sabah Electricity telah menegaskan bahawa proses pemilihan dan pelantikan syarikat kontraktor telah di buat secara teliti. Antara lain, beliau memaklumkan:

  • keseluruhan proses tender telah mengambil masa 8 bulan
  • 21 syarikat telah menghadiri taklimat penerangan tender, di mana 6 syarikat telah mengemukakan bidaan, termasuk 1 syarikat dari Sabah
  • pelantikan ini di luar bidang kuasa Sabah Electricity, di mana Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertanggungjawab membuat keputusan akhir

15.      Fakta menarik: TNB merupakan pemegang saham majoriti (80%) di dalam Sabah Electricity, manakala Kerajaan Sabah (20%). Sebagai anak syarikat TNB, Sabah Electricity di terajui oleh TNB.

Tambahan lagi, Sabah Electricity turut ‘di terajui’ oleh Kerajaan Malaysia, memandangkan TNB adalah sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan/ Government-Linked Company (GLC)milik Kerajaan Malaysia.

16.      Namun begitu, Pengerusi Sabah Electricity tidak pula mengesah mahupun menolak dakwaan bahawa kos projek BESS oleh MSR Green Energy adalah jauh lebih tinggi dari pembida-pembida lain.  

Oleh kerana itu, cakap-cakap kedai kopi yang meragui ketelusan projek BESS ini masih berbunyi. Bahkan ramai bersangka ada pihak berkepentingan, samada untuk diri sendiri ataupun politik, telah mengaut keuntungan ‘atas angin’ jutaan Ringgit dengan melonjakkan kos projek BESS berkenaan.

17.      Kontroversi ini sudah menjadi semakin serius sehinggakan Pengerusi Sabah Electricity telah memberi amaran akan mengambil tindakan saman terhadap sebuah portal online yang menerbitkan rencana mendakwa ada elemen rasuah di dalam projek BESS berkenaan. 

18.      Portal online tersebut telah mendakwa sejumlah RM 100 juta telah di berikan oleh pemilik syarikat kontraktor yang di lantik kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti politik Sabah sebagai dana politik. Ini adalah satu dakwaan yang sangat serius!

19.      Selain itu, ada cakap-cakap kedai kopi mendakwa setelah projek BESS selesai dan mula beroperasi, ada pihak akan turut ‘benefit’ hasil daripada keuntungan besar projek BESS ini.

20.      Tanpa maklumat lanjut yang menyangkal dakwaan yang di suarakan, persepsi serta cakap-cakap kedai kopi akan terus berpanjangan, dan berpotensi menjadi lebih bergema. Rakyat Sabah berhak mendapat penjelasan segera.

21.      Atas dasar ketelusan yang di tekankan di bawah Malaysia MADANI, TNB yang bertanggungjawab membuat keputusan sewajarnya memberi penjelasan terperinci. Dan bukannya berdiam diri dan membiarkan Sabah Electricity mengharungi kontroversi ini bersendirian. Silence is not elegant nor acceptable.

Malah, dakwaan elemen rasuah wajar di siasat oleh pihak berkuasa segera.

22.      Pada pertengahan September 2024, MSR Green Energy di laporkan telah di lantik oleh Sabah Electricity untuk pelaksanaan projek BESS berkenaan. Ianya adalah sebuah syarikat berpejabat di Semenanjung Malaysia, dan merupakan sebuah syarikat bersekutu kepada Seal Incorporated Berhad.

Seal Incorporated adalah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, dengan nilai pasaran sekitar RM 250 juta.

Sumber: Laman sesawang Seal Incorporated

23.      Sejurus selepas pelantikan itu, MSR Green Energy pula telah mengumumkan kerjasama dengan syarikat Sungrow untuk melaksanakan projek BESS tersebut.

Sungrow ialah sebuah syarikat solar photovoltaic (PV) inverter dan penyedia energy storage system, yang berpusat di negara China.

24.      Menurut satu laporan oleh BMI, Battery Energy Storage System (BESS) di jangka akan menjadi pilihan utama untuk penyimpanan tenaga, memandangkan kos BESS yang telah menurun dengan signifikan, hasil daripada kemajuan teknologi dan pembuatan.

Sejak 2010, kos pemasangan BESS telah menurun sebanyak 90%, dan lebih rendah berbanding teknologi Pumped-Hydro Storage dan Compressed Air Energy Storage (CAES).

25.      Laporan tersebut menyatakan bahawa kos purata untuk projek pemasangan BESS yang di laksanakan di antara tahun 2024 – 2028 adalah:

26.      Fakta menarik: BMI adalah sebuah syarikat di bawah Fitch Group, iaitu peneraju perkhidmatan maklumat kewangan global.

27.      Berdasarkan maklumat laporan BMI tersebut, projek BESS di Lahad Datu itu di anggarkan menelan kos sekitar RM 472 juta sahaja.

Tetapi kos projek BESS yang di anugerahkan kepada MSR Green Energy adalah RM 645 juta. Ini bermakna ada perbezaan besar RM 173 juta.  

28.      Di samping itu, menurut maklumat industri, Sungrow boleh membekalkan BESS dengan keupayaan yang serupa pada harga sekitar RM 400 juta. Walaupun mengambil kira kos pemasangan dan keuntungan, jurang perbezaan masih besar.

29.      Persoalannya, jika Sungrow dapat membekalkan BESS pada harga tersebut yang jauh lebih murah, kenapa TNB dan Sabah Electricity tidak berurusan terus dengan Sungrow? TNB boleh melaksanakan projek ini sendiri dan mampu menjimatkan ratusan juta Ringgit.

30.      Sebaliknya, TNB telah menganugerahkan pelaksanaan projek BESS ini kepada MSR Green Energy, yang di dakwa telah membida pada harga yang sangat tinggi dan tidak memenuhi kriteria kelayakan yang di tetapkan.

Dan ini telah menimbulkan dakwaan bahawa jutaan Ringgit daripada kos projek BESS ini di sediakan sebagai dana politik.

31.      Tambahan lagi, menurut maklumat industri, anggaran kos operasi BESS untuk menyimpan, mengecas dan membekal elektrik yang bakal di tanggung oleh Sabah Electricity adalah sekitar 70.4 sen per kWh.

Manakala, secara purata, kadar tarif elektrik yang di kenakan kepada pengguna adalah 34.5 sen per kWh.

32.      Ini bermakna Sabah Electricity akan menangung kerugian 35.9 sen per kWh. Dengan itu, Sabah Electricity di anggarkan akan menanggung kerugian sebanyak RM 49 juta setiap tahun.

33.      Sudah pasti Sabah Electricity tidak mampu untuk menanggung kerugian besar tersebut. Ketika ini, Sabah Electricity menghadapi aliran tunai negatif dan bergantung tinggi kepada subsidi elektrik dari Kerajaan Malaysia untuk kelangsungan operasi. Sebagai contoh. Pada tahun 2024, subsidi elektrik ini berjumlah RM 866 juta dan RM 862 juta (2022).

34.      Sepatutnya, matlamat yang mesti di capai ialah mengurangkan susbsidi elektrik yang di perlukan oleh Sabah Electricity. Bukannya terus meningkatkan jumlah subsidi dan melemahkan lagi kedudukan kewangan Sabah Electricity.

Perbelanjaan subsidi elektrik yang membesar akan memberatkan lagi bebanan kewangan Kerajaan Malaysia.

35.      Sekiranya dakwaan mengenai kos projek BESS yang terlampau tinggi dan anggaran kos operasi BESS yang merugikan ada kebenaran, model perniagaan Sabah Electricity sediada tidak lagi mampan dan sukar untuk di pertahan sebagai entiti berwibawa/ going-concern.

36.      Dakwaan-dakwaan tersebut amatlah serius dan merugikan rakyat Sabah di dua peringkat:

  • kos pembinaan BESS yang tinggi
  • kos operasi BESS yang tinggi

Seumpama sudah jatuh di timpa tangga.

37.      Dengan maklumat yang telah di dedahkan setakat ini, persepsi rakyat menjurus kepada ada pihak yang mengaut keuntungan besar dengan ‘skimming off the top’ dan ‘double dipping into the gravy train’. Pihak tidak bertanggungjawab ini senang-lenang ‘laughing all the way to the bank’ di atas kesengsaraan rakyat Sabah.

38.      Maka, sekali lagi rakyat Sabah terkesan dan terpaksa menanggung implikasi akibat keputusan yang di buat oleh pihak di Kuala Lumpur/ Putrajaya.

39.      The saga continues…

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Benih Padi Berkualiti: Kunci Kebangkitan Industri Padi dan Beras Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular