HomeIsu tempatanSM Kian Kok terima sumbangan kewangan anjur Festival Seni Sabah

SM Kian Kok terima sumbangan kewangan anjur Festival Seni Sabah

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu: Sekolah Menengah (SM) Kian Kok menerima sumbangan sebanyak RM50,000 bagi menyokong penganjuran Festival Seni Sabah 2024 dan aktiviti berkaitan seni di sekolah itu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew berkata, dana berkenaan adalah sumbangan peribadinya dan pihaknya menyokong penuh acara yang dianjurkan oleh persatuan alumni sekolah berkenaan.

Katanya, Ia menampilkan pameran seni hasil ciptaan pelajar dan artis profesional serta aktiviti seperti permainan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEAM).

“Festival tahun ini mempunyai kelainan kerana telah menggabungkan pelbagai bentuk seni dengan teknologi STEAM, selain menawarkan gabungan dinamik aktiviti dan pameran.

“Hari ini, kita berkumpul bukan sahaja menyaksikan gabungan unik seni dan teknologi, tetapi juga untuk meraikan kekayaan warisan budaya Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan acara bertemakan ‘Play to Dream’ di Dewan SM Kian Kok, di sini.

Christina berkata, ia bukan sahaja perayaan visual seni, tetapi peluang untuk meneroka bagaimana seni dan teknologi boleh bergabung membentuk masa depan.

Katanta, selain seni tradisional, festival ini turut menonjolkan bagaimana teknologi boleh meningkatkan dan mengubah ekspresi seni.

Berkenaan tema ‘Play to Dream’ katanya, ia adalah sangat mendalam, mencerminkan peranan penting seni dalam membentuk landskap budaya dan memperkayakan kehidupan masyarakat.

Christina menegaskan bahawa seni berkembang melalui mimpi dan merupakan kekuatan yang melangkaui sempadan, membawa orang bersama merentas generasi, komuniti, dan latar belakang.

“Melalui festival ini, bukan sahaja menyediakan platform untuk artis tempatan mempamerkan bakat luar biasa, tetapi memberi mereka pengiktirafan dan pendedahan antarabangsa untuk mengembangkan industri seni Sabah.

“Justeru, festival ini adalah langkah penting ke arah mengangkat dunia seni kita ke peringkat global,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri menyokong usaha-usaha dalam memastikan pemeliharaan warisan seni dan memastikan evolusinya berterusan untuk generasi akan datang.

“Dengan melabur dalam pembangunan seni belia, kita membina asas kukuh untuk kelestarian dan keutuhan komuniti seni Sabah untuk tahun-tahun akan datang.

“KePKAS memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif seperti ini bagi memperkukuh warisan budaya dan menjadikan kreativiti sebagai teras identiti kita,” katanya. 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima sumbangan untuk projek kajian dan pembudayaan STEM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular