HomeUtamaDBKK rancang jadikan KK sebuah bandar pintar

DBKK rancang jadikan KK sebuah bandar pintar

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kini dalam perancangan untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar pintar dengan menggunakan data dan teknologi yang lebih cekap dalam perkhidmatan.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, ia akan meningkatkan lagi tahap perkhidmatan dengan lebih cepat menerusi kualiti perkhidmatan yang ditawarkan DBKK.

“Kami berhasrat menjadikan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar pintar dengan mengintegrasikan teknologi dan data ke dalam infrastruktur kami.

“Ia termasuklah kemudahan transformasi digital yang membolehkan penduduk membayar bil, memperbaharui lesen, atau menghantar pelan bangunan sepenuhnya dalam talian.  Perkhidmatan ini akan menjadikan interaksi dengan DBKK lebih cekap untuk individu dan badan profesional,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Town Hall DBKK 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini baru-baru ini.

Sesi tersebut turut dihadiri wakil daripada organisasi bukan kerajaan (NGO), badan profesional, perniagaan, institusi pendidikan, dan orang awam yang memaparkan pelan pembangunan DBKK untuk lima tahun akan datang serta kedudukan kewangannya.

Dalam pada itu, mengenai tunggakan cukai pintu berjumlah RM85 juta, Sabin berkata, menekankan usaha berterusan untuk memulihkan jumlah tersebut.

“Kami telah menawarkan pelan ansuran, tetapi ada yang tetap enggan membayar. Untuk kes seperti itu, kami akan mengambil tindakan undang-undang sambil mempertimbangkan kemampuan kewangan pihak terbabit.

“Ini adalah adil untuk mereka yang membayar tepat pada waktunya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Festival Kebudayaan Korea inisiatif rapat hubungan Sabah, Korea Selatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular