Tawau, Seorang lelaki ditahan pihak polis bagi membantu siastan berdasarkan satu laporan polis yang diterima berkaitan dengan kes rogol di daerah Tawau.
Menerusi satu kenyataan Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin berkata suspek yang ditahan pihak polis merupakan jiran kepada mangsa tersebut.
Hal ini terbongkar apabila, nenek mangsa menyedari bahawa bahawa cucunya telah dirogol dan apabila ditanya, cucunya mengaku bahawa telah dicabul oleh suspek sebanyak 3 kali selama 2 bulan.
Mangsa kemudiannya ditemani oleh penjaga ke Balai Polis berhampiran untuk membuat laporan polis.
Tindakan pantas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau membuat serbuan ke atas sebuah rumah dan berjaya menahan dan menangkap seorang lelaki lingkungan umur 30 tahun disyaki terlibat dalam kes tersebut.
Suspek kemudiannya dibawa balik ke IPD Tawau dan ditahan reman. Kes akan disiasat dibawah sekyen 376(1) Kanun Keseksaan.
Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pernah disabitkan dengan kesalahan dibawah seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Awam 2012.