HomeSukanUnifi Piala Malaysia: Sabah buru bekalan selesa di Likas, tagih aura pemain...

Unifi Piala Malaysia: Sabah buru bekalan selesa di Likas, tagih aura pemain ke-12 berdepan Sri Pahang 

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di Stadium Likas dengan memburu bekalan selesa apabila berdepan juara empat kali Sri Pahang dalam perlawanan separuh akhir pertama Unifi Piala Malaysia esok.

Ketua Jurulatih Sabah, Martin Stano berkata, pihaknya percaya setiap pemain juga telah melupakan kekalahan kepada pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada 11 Januari lalu.

Martin Stano

Katanya,  komitmen 150 peratus akan ditujukan berdepan Tok Gajah kendalian Fandi Ahmad bagi mencerahkan peluang ke perlawanan akhir yang kali terakhir dilakukan pada 2003 sebelum tewas kepada pasukan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), Selangor.

“Sabah FC memandang serius kekalahan kepada JDT, dan melupakannya dengan misi baharu memburu kelebihan jaringan dalam separuh akhir pertama menentang Sri Pahang sebagai bekalan untuk timbal balik kedua selepas ini.

“Biarpun begitu kami menghormati status Sri Pahang selain tidak memandang rendah keupayan pasukan lawan sama seperti pasukan-pasukan lain dalam Liga Super atau Unifi Piala Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, Martin Stano sekali lagi mengharapkan penyokong-penyokong skuad Badak dapat hadir memberikan sokongan padu dalam usaha pasukan memburu bekalan selesa untuk ke pentas final.

“Kami amat berharap rakyat khasnya penyokong setia Sabah FC hadir ke Stadium Likas, Sabtu ini bagi memberikan sokongan padu sebagai ‘pemain ke-12 skuad Badak dalam perlawanan penting ini.  

“Sejujurnya, ini merupakan peluang serta landasan terbaik bagi  pasukan Sabah FC membuktikan keupayaan pasukan untuk mara ke perlawanan akhir,” katanya.

Mengenai status pemain Sabah FC untuk perlawanan esok, Martin Stano berkata, masih terdapat beberapa pemain berada dalam senarai kecederaan selepas menentang Harimau Selatan di Iskandar Puteri.

“Biarpun begitu, ia bukan masalah besar kerana Sabah FC masih mempunyai baki masa untuk menentukan senarai akhir pemain akan beraksi nanti,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

18 mahasiswa sertai ‘Free Ride Tour’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular