HomeUtamaTTS mampu jadi model rujukan global dalam pengurusan kawasan perlindungan

TTS mampu jadi model rujukan global dalam pengurusan kawasan perlindungan

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kundasang : Taman-Taman Sabah (TTS) mampu melangkah ke hadapan dan akan terus relevan serta menjadi model rujukan global dalam pengurusan kawasan perlindungan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Christina Liew berkata, komitmen bagi memperkasakan teknologi hijau dan inovasi dalam pelancongan lestari akan terus dipertingkatkan.

Katanya, penglibatan komuniti setempat sebagai rakan kongsi strategik dalam usaha konservasi amatlah penting.

“Usaha meningkatkan kesedaran generasi muda terhadap pentingnya memelihara khazanah alam akan diteruskan melalui program pendidikan dan inisiatif seperti Program Renjer Muda TTS.

“Kolaborasi dengan badan antarabangsa dalam bidang penyelidikan, pendidikan, dan pelancongan akan terus diperkukuhkan, mengukuhkan nama Sabah di arena global sebagai pelindung biodiversiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Jubli Intan TTS di Pekan Kundasang di sini semalam.

Christina berkata, selepas 60 tahun kelahiran TTS, sebanyak sembilan buah Taman Negeri di Sabah yang mana terdapat 24 pintu masuk stesyen dengan zon rekreasi yang mempunyai pelbagai kemudahan pelancongan dan sembilan pos kawalan di seluruh Sabah.

Katanya, pada masa ini, empat kawasan telah dikenalpasti dicadangkan untuk diwartakan iaitu Teluk Darvel, Lahad Datu; Pulau Mengalum, Kota Kinabalu; Perairan Mantanani, Kota Belud; dan Kawasan tinggalan Bekas lombong Mamut, Ranau.

“Semua usaha ini adalah selari dengan komitmen Negeri Sabah terhadap Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD), khususnya di bawah rangka kerja Kunming-Montreal Global Biodiversity Framework (GBF) dan sasaran 30×30 untuk melindungi 30 peratus kawasan biodiversiti Malaysia menjelang tahun 2030,” katanya. – SABAH MEDIA/ FOTO SABAH PARK

RELATED ARTICLES
Utama

Cederakan ‘kekasih gelap’, dua wanita dikenakan PKW

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular