HomePendapatLaporan :- Analisis MHDI 2023 Mengenai Pembangunan Rakyat Malaysia

Laporan :- Analisis MHDI 2023 Mengenai Pembangunan Rakyat Malaysia

Read Time:3 Minute, 25 Second

oleh Wan Azrain Adnan

Pendahuluan

Tahap pembangunan rakyat Malaysia pada tahun 2023 menunjukkan pencapaian yang lebih baik, membawa kepada peningkatan kesejahteraan hidup rakyat. Hal ini berdasarkan laporan Indeks Pembangunan Rakyat Malaysia 2023 (MHDI) yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Disember 2024.

Apa itu MHDI?

MHDI dibangunkan oleh DOSM untuk mengukur pembangunan manusia sebagai satu indikator kemajuan negara di luar aspek ekonomi. Ia mengambil inspirasi daripada Laporan Human Development Index (HDI) oleh United Nations Development Programme (UNDP). MHDI merangkumi tiga dimensi dan lima indikator, dengan skor antara 0.000 hingga 1.000. Semakin tinggi skor, semakin baik tahap pembangunan rakyat.

Dimensi dan Indikator MHDI

DimensiIndikator
Umur yang panjang dan sihatJangkaan hayat ketika lahir
Akses kepada pengetahuanJangkaan tahun persekolahan, Purata tahun persekolahan
Taraf hidup yang baikPendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita

Prestasi Keseluruhan MHDI 2023

Pada tahun 2023, nilai skor keseluruhan MHDI ialah 0.816, tergolong dalam kategori “Sangat Tinggi”. Pecahan indeks adalah seperti berikut:

  • Indeks Jangkaan Hayat: 0.826 (Sangat Tinggi)
  • Indeks Pendidikan: 0.754 (Tinggi)
  • Indeks PNK: 0.872 (Sangat Tinggi)
carta 1- indeks jangka hayat malaysia, 2015-2023

Perubahan dan Trend

  1. Indeks Jangkaan Hayat: Meningkat 0.003 mata dari 0.823 (2022) kepada 0.826 (2023). Peningkatan ini dipengaruhi oleh pengurangan kematian akibat pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, indeks ini mencatatkan penurunan kecil dalam tempoh lapan tahun, dari 0.835 kepada 0.826.
  2. Indeks Pendidikan: Menurun 0.003 mata dari 0.757 (2022) kepada 0.754 (2023). Meskipun terdapat penurunan, ia menunjukkan peningkatan jangka panjang dari 0.736 kepada 0.754 dalam tempoh lapan tahun.
  3. Indeks PNK: Kekal mendatar pada 0.872, tetapi mencatatkan peningkatan terbesar dalam tempoh lapan tahun, dari 0.820 kepada 0.872. Ini menunjukkan prestasi ekonomi negara yang kukuh selepas pandemik.

Perbandingan Global dan Serantau

Dengan skor 0.816, Malaysia berada di tangga ke-60 di dunia, di antara Oman dan Georgia. Skor ini jauh di belakang negara-negara Eropah seperti Switzerland (0.967), Norway (0.966), dan Iceland (0.959), yang terkenal dengan keseimbangan kerja-hidup terbaik.

Dalam ASEAN, Malaysia berada di tangga ke-3 selepas Singapura (0.949) dan Brunei Darussalam (0.823). Malaysia juga kekal di atas purata HDI dunia sepanjang tahun 2015 hingga 2022.

Prestasi Negeri dan Wilayah

Dalam negara, lapan negeri dan wilayah mencatatkan skor MHDI kategori “Sangat Tinggi”, manakala tujuh berada dalam kategori “Tinggi”. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan skor tertinggi (0.890), manakala Kelantan paling rendah (0.755).

Di antara ketiga-tiga indeks berkenaan, Indeks Pendidikan adalah paling rendah, dan telah menarik turun keseluruhan nilai skor MHDI Sabah. Malah, Indeks Pendidikan Sabah (0.707) adalah ke-2 terendah di Malaysia, selepas Sarawak (0.701).

Ini tidaklah memeranjatkan memandangkan tahap pencapaian pendidikan di Sabah masih rendah, beserta dengan isu infrastruktur sekolah yang usang serta kemudahan sekolah yang tidak mencukupi.        

Sebagai contoh Untuk dua tahun berturut-turut 2022 – 2023, Sabah telah merekodkan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terendah di Malaysia. Di samping itu, rekod Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) tahun 2022menunjukkan hampir 55% sekolah di Sabah di kenal-pasti sebagai usang dan memerlukan penambah-baikkan segera. Rekod JPNS turut menunjukkan hanya 45% sekolah di Sabah memiliki bekalan air bersih

Sabah mengalami penurunan skor dari 0.772 (2022) kepada 0.766 (2023), menjadikannya negeri kedua terendah. Namun, skor MHDI Sabah menunjukkan peningkatan keseluruhan dalam tempoh 2015–2023, kecuali Indeks Jangkaan Hayat yang sedikit menurun.

TahunMHDIJangkaan HayatPendidikanPNK
20150.7440.8170.6780.744
20230.7660.8050.7070.791

Cabaran Pendidikan di Sabah

Indeks Pendidikan Sabah (0.707) adalah kedua terendah selepas Sarawak (0.701). Tahap pencapaian pendidikan yang rendah serta isu infrastruktur seperti sekolah usang dan kekurangan bekalan air bersih menyumbang kepada masalah ini. Contohnya, lebih 55% sekolah di Sabah memerlukan penambahbaikan segera, dan hanya 45% mempunyai bekalan air bersih.

Jurang Antara Negeri

Jurang dalam Indeks Pendidikan antara negeri tertinggi (WP Kuala Lumpur: 0.823) dan terendah (Sarawak: 0.701) semakin membesar, dari 0.107 (2022) kepada 0.122 (2023). Situasi ini perlu ditangani segera untuk mengelakkan jurang lebih besar.

Kesimpulan

Peningkatan nilai skor MHDI menunjukkan kejayaan agenda pembangunan negara dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat. Namun, jurang pencapaian antara negeri dan wilayah memerlukan perhatian khusus agar pembangunan lebih seimbang dapat dicapai.

RELATED ARTICLES
Utama

NDRC UMS, NADMA teroka kerjasama dalam pengurusan bencana negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular