HomeUtamaPemergian ADUN Sungai Sibuga kehilangan kepada negeri - Hajiji

Pemergian ADUN Sungai Sibuga kehilangan kepada negeri – Hajiji

Read Time:55 Second

Kota Kinabalu : Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan takziah kepada Datin Kalsom Abd Aziz dan keluarga atas pemergian Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Allahyarham Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain, yang meninggal dunia pada malam Ahad.

Beliau menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan kepada negeri, terutama rakyat di kawasan yang diwakilinya iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga.

“Allahyarham merupakan seorang rakan lama yang bersama-sama berjuang dalam pentadbiran kerajaan. Beliau merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat, peramah dan disenangi ramai. Perjuangan dan sokongan beliau bersama kerajaan negeri amat dihargai.

“Saya mewakili Kerajaan Negeri menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama roh orang-orang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohamad Hamsan,65,menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.20 malam di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16, Mohamad Hamsan yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi DUN Sungai Sibuga menewaskan empat calon lain dengan majoriti 1,538 undi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Media pikul tanggungjawab didik rakyat sebar luas maklumat benar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular