HomeUtama'Baseload' bekalan elektrik di Sabah, Labuan perlu ditingkatkan menjelang 2035

‘Baseload’ bekalan elektrik di Sabah, Labuan perlu ditingkatkan menjelang 2035

Read Time:1 Minute, 15 Second

Tuaran : Kapasiti asas atau ‘baseload’ bekalan elektrik di Sabah dan Labuan perlu ditingkatkan kepada 1,298 MegaWatt (MW) menjelang 2035 iaitu peningkatan sebanyak 31 peratus berbanding 700 MW pada masa kini.

Pengerusi Sabah Electricity Datuk Seri Madius Tangau berkata, jumlah permintaan puncak yang direkodkan pada April tahun lalu telah mencecah sehingga 1,166 MW.

“Untuk mencapai kestabilan grid yang mampan dan memenuhi keperluan masa depan, kita perlu meningkatkan kapasiti asas kepada 1,298 MW menjelang tahun 2035 iaitu peningkatan sebanyak 31 peratus.

“Kejayaan Sabah Electricity tidak akan tercapai tanpa sokongan daripada semua pihak, termasuk kerajaan, rakan kongsi, atau masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Program Sabah Electricity bersama Komuniti, Rumah Terbuka Krismas 2024 dan Tahun Baharu Cina 2025 di Dewan Seri Sulaman di sini semalam.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Madius berkata, di sebalik cabaran itu, kejayaan Sabah Electricity bergantung kepada kerjasama yang kuat termasuk dengan Pengguna Kuasa Besar (LPC).

Katanya, LPC meliputi pelanggan dari sektor industri, kilang, dan komersial, yang menggunakan tenaga dalam jumlah besar secara berterusan.

“Sumbangan mereka tidak hanya membantu kestabilan kewangan syarikat, tetapi juga memastikan operasi Sabah Electricity berjalan dengan efisien dan berdaya saing.

“Untuk majlis kali ini, kita akan memberi penghargaan kepada 10 LPC terpilih dari seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan atas peranan strategik mereka dalam menyokong perkembangan sektor tenaga yang mampan dan inovatif,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

RELATED ARTICLES
Utama

Media pikul tanggungjawab didik rakyat sebar luas maklumat benar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular