HomeUtamaKepelbagaian membina keharmonian rakyat

Kepelbagaian membina keharmonian rakyat

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu: Kepelbagaian bangsa dan agama tidak memisahkan hubungan malah membantu membina sebuah masyarakat yang harmoni di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, inilah kekuatan Sabah yang terletak kepada kepelbagaian bangsa, agama, tradisi, etnik dan bahasa yang ada di negeri ini.

“Marilah kita rapatkan barisan ke arah Sabah lebih maju serta progresif dan pertahankan hubungan persaudaraan yang harmoni ini terus menjadi tunjang pembangunan dan keamanan negeri ini.

“Dalam pada itu, tahun 2025 adalah tahun terakhir bagi Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 1.0 iaitu untuk tempoh 2021-2025. Sekiranya kita diberi mandat, kita akan teruskan dengan halatuju SMJ 2.0 dari tahun 2026 hingga tahun 2030.

“Sesungguhnya, tidak dinafikan Hala Tuju SMJ ini telah berjaya merubah dan memperbaiki prestasi ekonomi Sabah yang sebelum ini jatuh merudum akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina 2025, di sini hari ini.

Hajiji turut mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Tionghua atas sokongan berterusan yang diberikan dalam membangunkan negeri ini.

“Selaku Ketua Menteri, saya memberi jaminan bahawa kesejahteraan rakyat, termasuk masyarakat Tionghua akan terus diberi keutamaan.

“Semoga tahun ini akan membawa sinar harapan, kekuatan, kebahagian dan kesihatan yang baik di samping menikmati lebih kemakmuran.

“Kita bersyukur kerana rakyat Malaysia di Sabah, terutamanya yang berketurunan Tionghua akan menyambut Tahun Baharu Cina pada tahun ini, iaitu Tahun Ular dalam suasana aman, harmoni dan penuh kegembiraan,” katanya.

Hajiji turut mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina, Gong Xi Fa Cai kepada semua masyarakat Tionghua dan yang meraikannya di negeri ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

511 kilogram sampah berjaya dikutip di pantai Tanjung Lipat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular