HomePendapatTrend Penurunan Inflasi Beri Kelegaan kepada Rakyat Malaysia

Trend Penurunan Inflasi Beri Kelegaan kepada Rakyat Malaysia

Read Time:2 Minute, 9 Second

PUTRAJAYA – Malaysia telah mencatatkan kadar inflasi yang kekal rendah pada penghujung tahun 2024, dengan trend penurunan yang ketara di kebanyakan negeri dan wilayah di seluruh negara.

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar inflasi negara pada Disember 2024 adalah 1.7%, menurun sedikit daripada 1.8% pada November 2024. Kadar inflasi bandar adalah 1.7%, manakala kawasan luar bandar mencatatkan kadar inflasi 1.4%.

“Secara keseluruhan, kadar inflasi negara bagi tempoh setahun (Disember 2023 hingga Disember 2024) kekal mendatar tanpa sebarang peningkatan mendadak, menjadikan kadar inflasi negara lebih rendah berbanding negara serantau seperti Filipina (2.9%), Zon Euro (2.4%), dan Amerika Syarikat (2.9%),” menurut kenyataan itu.

Laporan tersebut juga mendedahkan bahawa pengiraan kadar inflasi negara melibatkan 13 kumpulan utama yang merangkumi 573 barangan dan perkhidmatan. Tiga kumpulan utama dengan wajaran tertinggi adalah Makanan & Minuman (29.8%), Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain (23.2%), serta Pengangkutan (11.3%).

Barangan Utama Mempengaruhi Inflasi

Kadar inflasi yang tinggi dilaporkan dalam beberapa kumpulan utama, termasuk Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain (3.2%), serta Makanan & Minuman (2.7%). Penjagaan Diri dan Restoran & Perkhidmatan Penginapan masing-masing mencatatkan kadar 3.2% dan 2.9%.

“Peningkatan harga makanan seperti sayur-sayuran, ikan, dan makanan laut lain pada Disember 2024 disebabkan oleh keadaan cuaca buruk semasa musim monsun. Walau bagaimanapun, harga daging menurun, dengan contoh harga ayam yang menurun dari RM10.41 kepada RM10.32 sekilogram,” jelas laporan itu.

Fakta menarik. Bermula 1 November 2023, Kerajaan Malaysia telah memansuhkan kawalan harga ayam. Sejak itu, harga ayam di apungkan dan di tentukan oleh pasaran berdasarkan bekalan dan permintaan pengguna. Setakat ini, harga ayam di laporkan stabil dan berpatutan, tidak melebihi harga siling yang di tetapkan terdahulu (RM 11.40/kg).

Seterusnya, inflasi subkumpulan Ikan & Makanan Laut Lain telah meningkat. Sebagai contoh. Harga ikan-ikan Cencaru, Kembung, Bawal Hitam dan Tongkol Hitam telah meningkat. Ini tidaklah mengejutkan memandangkan setiap hujung tahun adalah musim monsun yang menghadkan aktiviti perikanan

Pengurusan Kos Sara Hidup

Pulau Pinang mencatatkan kadar inflasi tertinggi pada 2.6%, manakala Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan kadar inflasi terendah pada -0.1%. Majoriti negeri menunjukkan penurunan kadar inflasi dengan Sabah mencatatkan kadar ke-4 terendah pada 0.9%.

“Walaupun kadar inflasi negara stabil, rakyat masih berhadapan dengan cabaran kos sara hidup, terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah. Usaha kerajaan menangani isu ini telah membantu meredakan tekanan rakyat, tetapi masih ada ruang untuk penambahbaikan,” kata laporan tersebut.

Dengan komitmen berterusan terhadap kestabilan ekonomi, Malaysia terus melaksanakan pelbagai langkah untuk memastikan rakyat tidak dibebani oleh peningkatan kos sara hidup.

RELATED ARTICLES
Utama

NDRC UMS, NADMA teroka kerjasama dalam pengurusan bencana negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular