HomeUtamaPM Anwar Umum Bantuan Segera Kepada Mangsa Banjir di Sabah dan Sarawak

PM Anwar Umum Bantuan Segera Kepada Mangsa Banjir di Sabah dan Sarawak

Read Time:1 Minute, 0 Second

Ipoh – Kerajaan hari ini mengumumkan bantuan segera kepada mangsa banjir di Sabah dan Sarawak bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata setiap keluarga yang terjejas akibat banjir, kebakaran, dan tanah runtuh akan menerima bantuan tunai sebanyak RM1,000. Beliau turut mengarahkan agar maklumat berkaitan disegerakan bagi memastikan kelulusan dibuat dalam kadar segera.

Menurutnya, kerajaan juga memperuntukkan dana tambahan sehingga RM20 juta atau RM24 juta bagi membaiki kerosakan besar yang berlaku akibat bencana.

“Bantuan ini tidak bergantung kepada negeri atau musim tertentu, tetapi atas dasar tanggungjawab kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela,” katanya ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat di Ipoh, Perak, hari ini.

Sementara itu Situasi banjir di Sabah petang ini meningkat dengan keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini meningkat kepada 5,725 orang setakat 12 tengahrati pagi berbanding 4,990 orang pada 12 tengah malam tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 10 daerah terlibat iaitu Kota Marudu, Tongod; Telupid; Sandakan; Kota Belud; Lahad Datu; Beluran; Paitan; Pitas dan Beaufort.

Menurut kenyataan itu, Kota Marudu terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,944 mangsa daripada 1,095 keluarga.

RELATED ARTICLES
Utama

Warga emas baru jalani pembedahan dibantu berpindah ke PPS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular