HomeUtamaKerajaan Negeri hargai sumbangan komuniti Cina dalam pembangunan Sabah

Kerajaan Negeri hargai sumbangan komuniti Cina dalam pembangunan Sabah

Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan penghargaan Kerajaan Negeri terhadap sokongan berterusan komuniti Cina sebagai rakan dalam kemajuan dan pembangunan di Sabah.

“Dengan sokongan kukuh ini, saya percaya Sabah akan sentiasa berada di landasan yang tepat di bawah pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya pada Festival Angpow Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS) di Dewan Hakka dekat sini malam tadi.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Hajiji berkata komuniti Cina di Sabah telah lama memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi, perdagangan, pendidikan, budaya serta kebajikan sosial.

Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan semua organisasi yang sealiran, termasuk FCAS yang menghargai kestabilan politik, bagi memastikan pembangunan ekonomi dan kemajuan tidak terhalang, tambahnya.

Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin, turut berkenan menghadiri majlis tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

Jangan ada ‘viral’ dulu baru buat, konsesi diingatkan laksana tugas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular