HomeUtamaBanjir di Sabah semakin pulih, hanya tiga PPS masih dibuka

Banjir di Sabah semakin pulih, hanya tiga PPS masih dibuka

Read Time:44 Second

Kota Kinabalu: Situasi banjir di Sabah semakin pulih apabila hanya tinggal 196 mangsa ditempatkan di tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua daerah di negeri ini setakat jam 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, daerah yang masih terjejas banjir adalah di Tongod dan Kinabatangan.

“Di Tongod, dua PPS yang masih dibuka ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Keramuak yang menempatkan seramai 63 mangsa dan SK Kenang-Kenangan seramai 92 mangsa.

“Manakala di Kinabatangan ianya melibatkan Sekolah Agama Rendah (SAR) Pekan Bukit Garam Kinabatangan yang menempatkan seramai 41 orang mangsa,” menurut kenyataan itu di sini

Tambah kenyataan itu lagi, sebanyak 42 PPS lain di sembilan daerah yang dilanda banjir sejak awal minggu ini sudah ditutup sepenuhnya.

Antara PPS yang ditutup sepenuhnya adalah melibatkan daerah Beaufort; Kota Marudu; Telupid; Sandakan; Kota Belud; Lahad Datu; Beluran; Paitan dan Pitas. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Warga emas baru jalani pembedahan dibantu berpindah ke PPS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular