Kota Kinabalu : Mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 479 orang daripada 132 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah terjejas, setakat jam 8 malam tadi
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah itu meningkat berbanding 322 orang daripada 82 keluarga pada jam 4 petang tadi.

Menurut kenyataan itu, daerah Beaufort menjadi daerah terbaru merekodkan jumlah mangsa seramai 149 orang melibatkan 48 keluarga.
“Selain itu, satu PPS di Keningau dibuka pada jam 7 malam tadi menjadikan dua PPS telah dibuka di daerah itu yang menempatkan 77 orang daripada 19 keluarga.

“Manakala di Kinabatangan, seramai 253 orang mangsa kekal ditempatkan di dua PPS melibatkan 65 keluarga,” menurut kenyataan itu di sini.
Antara PPS yang dibuka di Kinabatangan adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sukan dan SK Bukit Garam.
Di Keningau PPS yang dibuka adalah di Dewan Keningau Majlis Daerah Keningau dan Dewan Masyarakat Keningau.
Manakala di Beaufort hanya satu Pusat Pemindahan Kekal (PPK) dibuka iaitu di Dewan Selain Beaufort – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH