HomeUtamaPPS di Tambunan ditutup, mangsa terjejas banjir di Membakut meningkat

PPS di Tambunan ditutup, mangsa terjejas banjir di Membakut meningkat

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Tambunan pada Jumaat lalu berikutan bencana banjir yang berlaku di daerah itu ditutup sepenuhnya pada jam 12 tengah hari tadi.

Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tambunan Sobitun Makajil berkata, penutupan itu adalah selepas kejadian bencana banjir di daerah ini telah pulih sepenuhnya.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa kejadian bencana banjir telah pulih sepenuhnya di Tambunan.

“Saya selaku Pengerusi JPBD Tambunan mengisytiharkan Dewan Masyarakat Tambunan ditutup,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

PPS Dewan Masyarakat Tambunan sebelum ini menempatkan seramai 13 orang melibatkan empat ketua isi rumah (KIR).

Dalam pada itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 989 mangsa terjejas banjir di tiga daerah di negeri ini masih berlindung di lima buah PPS setakat jam 4 petang tadi.

Dari jumlah itu daerah Membakut mencatat peningkatan jumlah mangsa terjejas banjir seramai 176 berbanding 160 orang pada jam 12 tengah hari tadi.

Kesemua mangsa yang terjejas banjir di Membakut ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut.

Manakala di Beaufort, jumlah mangsa terjejas banjir adalah kekal seramai 538 orang melibatkan 177 keluarga dan di Kinabatangan kekal dengan jumlah mangsa seramai 275 orang melibatkan 71 keluarga. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Haliburton, Kumpulan DPI kerjasama dengan syarikat tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular