HomeUtamaMayat remaja perempuan lemas ditemui petang tadi

Mayat remaja perempuan lemas ditemui petang tadi

Read Time:57 Second

KOTA BELUD: Seorang remaja perempuan dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama keluarganya di Sungai Kadamaian Kampung Pirasan di sini telah ditemui meninggal dunia selepas dua hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh pasukan penyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, mangsa yang berusia 16 tahun itu ditemui pada hari kedua operasi pada jam 3.54 petang tadi, kira-kira 3.5 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) oleh orang awam yang turut membantu pasukan penyelamat.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak polis dan mayatnya dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pihak media hari ini.

Dalam kejadian pada 9 Februari 2025, mangsa dilaporkan lemas ketika mandi-manda bersama keluarganya di Sg Kadamaian, Kg Pirasan berhampiran Kilang Batu Tan Chin Nam.

Menurut laporan, pihak BBP Kota Belud menerima panggilan kecemasan pada jam 3.58 petang Ahad.

Pasukan bomba bersama Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kota Marudu memulakan operasi pencarian sebaik tiba di lokasi pada jam 4.10 petang hari sama dengan kekuatan 13 anggota.

Operasi SAR turut mendapat bantuan daripada polis (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), dan penduduk kampung.

RELATED ARTICLES
Utama

GRS-PH sebuah kerajaan peduli rakyat – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular