HomeUtamaPengguna air diminta bersabar, masalah air di Sandakan sedang diatasi - James...

Pengguna air diminta bersabar, masalah air di Sandakan sedang diatasi – James Ratib

Read Time:1 Minute, 22 Second

Sandakan : Gangguan bekalan air yang melanda daerah ini akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat menerusi kolaborasi antara Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan pihak konsesi yang dilantik.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib berkata, kedua-dua pihak itu kini sedang berusaha mengatasi masalah air yang berlaku termasuk melaksanakan penyelenggaraan bekalan air bawah tanah (Borehole).

Justeru itu katanya, pengguna di daerah ini diminta untuk bersabar dengan isu bekalan air yang dialami pada masa ini.

“Saya telahpun melawat Loji Rawatan Air (LRA) bagi Hiltop di Sandakan ini yang mana ia merupakan sebahagian daripada kawasan yang mengalami masalah air.  Jika dilihat ada terdapat 10 bekalan air bawah tanah yang tidak berfungsi dan saya difahamkan JANS telah mengarahkan satu konsultan untuk melihat bekalan ini.

“Saya difahamkan daripada 10 bekalan air bawah tanah, ada terdapat tidak masih berfungsi. Jadi saya melihat ia perlu diselenggara agar ia dapat menarik air ke atas dan membekal kepada LRA di Hiltop ini.

“Jika lima daripada 10 bekalan itu dapat diselenggara, saya rasa masalah kekurangan air di Sandakan ini kita dapat atasi dengan kadar segera,” katanya.

Beliau bekata demikian ketika ditemui selepas melawat tapak bekalan air bawah tanah (Borehole) di Kolej Vokasional Sandakan di sini semalam.

Hadir sama dalam lawatan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting George Hiew; dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Walter Kenson.

James yang juga salah seorang pemimpin Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) di Pantai Pantai Timur berharap pihak bertanggungjawab dapat berkolaborasi mengatasi masalah.

“Sebab itu saya akan terus berusaha memastikan penyelesaian yang lebih baik untuk penduduk.  Jadi kita minta JANS supaya berkolibarasi dengan pihak konsesi supaya dapat membekalkan air kepada rakyat,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pelaburan Kibing buka peluang pekerjaan & ruang perniagaan lebih 600 pembekal...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular