HomeUtamaIKS Mart Sandakan dilancarkan, perkukuh pasaran produk tempatan

IKS Mart Sandakan dilancarkan, perkukuh pasaran produk tempatan

Read Time:51 Second

Oleh FLORIETA DIET

SANDAKAN: Sebanyak 13 IKS Mart telah diwujudkan di Sabah dengan pelancaran terbaru di Sandakan bagi mempromosikan produk tempatan serta menyokong perniagaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri ini.

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe, berkata premis berkenaan menyediakan ruang pemasaran yang lebih kukuh kepada usahawan tempatan, selain menawarkan konsep unik dan serba boleh.

“IKS Mart Sandakan bukan sekadar mempamerkan produk buatan Sabah, malah turut menampilkan sebuah restoran dengan hidangan tempatan serta tapak khemah luar yang menawarkan kopi eksklusif keluaran tempatan.

“Terletak di pusat Taman Skate Sandakan, premis ini menggabungkan elemen rekreasi, pembelian makanan dan peruncitan dalam satu ruang dinamik, sekali gus menarik golongan muda untuk menyokong produk tempatan,” katanya.

Pada majlis pelancaran itu, Phoong turut menyampaikan bantuan geran pembungkusan di bawah program TRUS-MIDE 2024 kepada enam usahawan dari Sandakan bagi mempertingkatkan daya saing produk mereka.

Beliau menegaskan bahawa kementeriannya komited dalam menyokong usahawan tempatan melalui inisiatif seperti IKS Mart, yang memberi tumpuan kepada pertumbuhan, inovasi dan akses pasaran lebih luas bagi PKS Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

GRS wajar ketuai PRN Sabah – Hajiji Noor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular