HomeUtamaAPM Telupid berdepan cabaran laksana operasi menyelamat mangsa banjir

APM Telupid berdepan cabaran laksana operasi menyelamat mangsa banjir

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Telupid berdepan beberapa cabaran atau kekangan yang dihadapi terutama dalam menjalankan operasi menyelamat mangsa yang terjejas banjir.

Pegawai Pertahanan Awam daerah Telupid Leftenan Adrian Dauli berkata, ia termasuklah sumber logistik seperti bot bagi membuat respon terhadap laporan kes menyelamat mangsa terjejas banjir.

“Antara kekangan kami di sini, yang pertamanya adalah berkaitan dengan kekurangan dari segi sumber logistik seperti bot untuk merespon kes memandangkan kes-kes banjir yang berlaku ini melibatkan beberapa kawasan yang mempunyai jarak yang jauh dan berlainan lokaliti.

“Selain itu kita juga ada sedikit kekangan berkaitan dengan masalah talian telefon apabila berada di lapangan, tidak semua tempat itu mempunyai rangkaian telefon,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Adrian berkata, selain itu jarak menuju ke kawasan terjejas banjir juga dilihat jauh dari pusat operasi dan ia menyebabkan ‘respon time’ agak lambat.

“Meskipun itu adalah antara kekangan yang kami hadapi namun kami sentiasa ‘alert’ dan terus memberi bantuan dari masa ke semasa,” katanya.

Petang tadi, daerah Telupid  diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air sungai di paras bahaya ketika ini.

Pengisytiharan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Telupid Celestine Jetony pada jam 1 petang .

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Telupid,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing dipenjara, didenda berhubung judi sabung ayam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular