HomeIsu tempatanSektor LPB JKR berjaya kutip 32 beg darah

Sektor LPB JKR berjaya kutip 32 beg darah

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu: Sebanyak 32 beg darah berjaya dikutip pada kempen derma darah anjuran Sektor Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah yang berlangsung di Dewan Sri Kinabatangan Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah di sini.

Kempen yang berlangsung selama dua hari berakhir semalam itu turut mendapat kerjasama Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).

Ketua Penolong Pengarah Sektor Lebuhraya Pan Borneo Sabah, Vitus Dee Aegidius berkata, pihaknya menzahirkan rasa kesyukuran serta penghargaan kepada semua kakitangan JKR Sabah dan orang awam yang hadir menyokong dan menjayakan kempen derma darah tersebut.

Beliau turut mengalakkan orang ramai untuk tampil menderma darah secara berkala dengan mengunjungi mana-mana pusat derma darah terdekat atau menyertai kempen derma darah yang dianjurkan di pelbagai lokasi seluruh negara.

“Kempen derma darah ini adalah salah satu program dalam pelan komunikasi Sektor Pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

“JKR Sabah khususnya Sektor Pan Borneo menyokong penuh mana-mana program yang bertujuan memupuk kesedaran masyarakat mengenai pentingnya amalan derma darah sebagai satu bentuk tanggungjawab sosial,” katanya.

Hadir sama pegawai perubatan mewakili HWKKS Dr. Ray Edward George

Berdasarkan rekod, HWKKS telah berjaya memperoleh sebanyak 5,195 beg darah sepanjang tahun lalu.

Sebanyak 60 peratus daripada jumlah tersebut digunakan di Klinik Pediatrik bagi merawat pesakit Thalassemia, kanak-kanak, dan bayi yang memerlukan pemindahan darah secara berkala.

Klinik Obstetrik dan Ginekologi (O&G) pula memerlukan kira-kira 33 peratus daripada jumlah bekalan darah untuk keperluan ibu mengandung serta prosedur berkaitan.

Manakala tujuh peritus lagi diperlukan bagi merawat pesakit kanser, mangsa kemalangan, kes pembedahan, serta lain-lain keperluan perubatan.

Walau bagaimanapun, keperluan bekalan darah hospital masih tinggi, dengan permintaan dianggarkan mencecah 9,000 beg darah setahun. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

50 ahli PNK KK terima bantuan zakat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular