HomeUtamaKelulusan RUU Majlis Media Malaysia tingkat profesion kewartawanan negara

Kelulusan RUU Majlis Media Malaysia tingkat profesion kewartawanan negara

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kuala Lumpur : Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini berupaya meningkatkan lagi tahap profesion kewartawanan negara.

Presiden Gabungan Kelab Media Malaysa (GKMM) Mohamad Fauzi Ishal berkata, pihaknya turut menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Parlimen yang menyokong dan meluluskan RUU MMM 2024 di Dewan Rakyat.

Katanya, kelulusan RUU MMM menjadi hal yang dinanti oleh seluruh pengamal media dinegara dalam usaha untuk mengangkat martabat profesion kewartawanan negara.

“Ini antara lainnya, yang menyentuh soal masa depan industri media itu sendiri agar terus kekal berdaya saing dan kompetetif, seiring dengan kepesatan dunia digital hari ini.

“Pelbagai isu kebajikan yang melingkari dan membelenggu warga pengamal media sejak mutakhir ini, akan dapat diambil perhatian dan tindakan segera, sekaligus ditangani sebaiknya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fauzi berkata, penubuhan MMM ini secara langsung akan membuka ruang serta platform dimana seluruh pengamal media, industri media serta kerajaan dapat duduk bersama, berbincang dan mencari solusi, disamping merangka hala tuju untuk masa depan dunia kewartawanan di Malaysia.

Katanya, gabungan itu turut menaruh harapan agar kerajaan meletakkan keutamaan dari segi penglibatan dan penyertaan penuh daripada kalangan warga media dalam MMM terutama dalam membuat dan menentukan keputusan penting yang menyentuh hala tuju dan masa depan industri ini.

“Penghargaan khusus juga diberikan kepada Kementerian Komunikasi terutama Menteri, Fahmi Fadzil serta timbalannya, Teo Nie Chin atas komitmen dan kesungguhan mereka berdua dalam memastikan RUU ini akhirnya dibentang dan diluluskan dengan jayanya di Dewan Rakyat,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kes HFMD di seluruh negara meningkat 266 peratus – KKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular