HomeUtamaSebutir lagi bom Perang Dunia kedua ditemui di lokasi sama

Sebutir lagi bom Perang Dunia kedua ditemui di lokasi sama

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh FLORIETA DIET

PAPAR: Sebutir lagi bom Perang Dunia Kedua ditemui di tapak pembinaan berdekatan Kilang Lok Kawi Plastic Industries, Kinarut, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka, bagaimanapun pemusnahan bom berkenaan ditangguhkan sehingga mendapat kata putus daripada agensi berkaitan dan syarikat yang terlibat.

“Kita akan laksanakan menyuarat peringkat daerah pada petang ini (Jumaat) juga dan sebelum pemusnahan dibuat, kita akan buat hebahan kepada penduduk sekitar radius satu kilometer daripada lokasi bom ditemui. Ia sama seperti yang kita buat pada pemusnahan bom yang pertama.

“Kita mahu selaraskan kerja-kerja pemusnahan bom ini sebab kita tidak mahu mengganggu ketenteraman awam, mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda awam,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, bom berkenaan adalah jenis yang sama bom pertama ditemui iaitu Unexploded Ordnance (UXO) Aerial Bomb.

Bom itu ditemui selepas kerja-kerja pengorekan disambung di kawasan yang sama menggunakan backhoe oleh syarikat yang bertanggungjawab membina tangki di kawasan itu.

Sepasukan anggota daripada IPD Papar, Unit Pemusnah Bom (UPB) dari bu Pejabat Polis Kontinjen Sabah (IPK) bergegas ke lokasi itu selepas laporan diterima.

“Selepas pemeriksaan dibuat, UPB mengesahkan bom berkenaan masih aktif dan memang berbahaya, sebab itu kita mengambil tindakan drastik untuk melupuskan bom itu,” katanya.

Pada 25 Feb lepas, sebutir bom ditemui oleh pemandu backhoe yang sedang menjalankan kerja-kerja mengorek tanah. Operasi pelupusan bom telah dilaksana pada 26 Februari, jam 8 pagi, di lokasi yang sama.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menghampiri kawasan penemuan bom dan segera melaporkan sebarang objek mencurigakan kepada pihak polis di talian 088-912222 atau balai polis terdekat.

RELATED ARTICLES
Utama

Projek Nanas MD2 di Beaufort capai kejayaan eksport pertama ke Singapura

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular