HomeUtamaUmat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad ini

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad ini

Read Time:40 Second

Kuala Lumpur: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad iaitu 2 Mac 2025.

Pengumuman itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menerusi siaran secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Syed Danial berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Sebelum ini, pada 20 Februari lalu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi satu kenyataan menetapkan hari ini bersamaan 29 Syaaban 1446 Hijrah untuk melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa buat umat Islam di Malaysia.

Menurut kenyataan itu lagi, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan sudah diperkenankan untuk melihat anak bulan Ramadan pada petang hari berkenaan di 29 lokasi di seluruh negara.

RELATED ARTICLES
Utama

Mahkamah Bergerak sasar selesaikan isu dokumentasi penduduk pedalaman Kalabakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular