HomeUtamaShahelmey ketuai Majlis Rukyah Hilal Ramadan

Shahelmey ketuai Majlis Rukyah Hilal Ramadan

Read Time:54 Second

Putatan: Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir. Shahelmy Yahya yang juga Ahli Parlimen mengetuai majlis rukyah hilal Ramadan 1446H/2025M di Balai Cerap Al-Biruni di sini, petang tadi.

Majlis rukyah hilal dijalankan bagi menentukan tarikh permulaan berpuasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia yang bermula jam 6 petang dan berakhir pada jam 6.48 petang.

Bagaimanapun anak bulan tidak kelihatan sepanjang waktu tersebut.

Hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr. Ariffin Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam, Mufti Negeri Sabah Datuk Bongsu @ Aziz Jaafar, Pengarah JHEAINS Datuk Jamain Abd Ghani.

Pada majlis berasingan, Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman menghadiri Majlis Doa Selamat Sempena Menyambut Ramadan 1446H di Istana Seri Kinabalu.

Terdahulu, Tun Musa menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah, bacaan Yasin dan tahlil bersama kira-kira 150 jemaah yang dipimpin oleh Imam Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting di Surau Tun Sakaran, di sini.

Selesai solat maghrib, Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar memaklumkan penetapan tarikh permulaan puasa kepada Tun Musa sebelum menunaikan solat fardhu Isyak berjemaah.

RELATED ARTICLES
Utama

Ketua Adat agen perubahan komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular