HomeUtamaJalan Keningau - Kimanis ditutup akibat cerun runtuh

Jalan Keningau – Kimanis ditutup akibat cerun runtuh

Read Time:47 Second

Kota Kinabalu: Jalan menghubungkan Keningau – Kimanis di kilometer 14.300 tidak dapat dilalui buat masa ini susulan kejadian cerun runtuh di kawasan berkenaan semalam.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan memaklumkan berikutan itu jalan berkenaan  ditutup sementara bermula semalam  sehingga hari ini atas faktor keselamatan pengguna jalan raya. 

Menurut JKR, penutupan itu juga disebabkan  batu yang masih aktif dan pemantauan berterusan akan dilaksanakan. 

“Setakat ini, penutupan dianggarkan sehingga 12 tengah hari pada 1 Mac (hari ini). Walaubagaimanapun, bergantung kepada keadaan di lokasi, sekiranya cuaca masih tidak mengizinkan dan runtuhan masih aktif, penutupan jalan terpaksa dilanjutkan sehingga keadaan selamat untuk pengguna melalui jalan tersebut.

“Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihatkan supaya menggunakan jalan alternatif di Jalan Kota Kinabalu – Keningau – Tenom dan Jalan Sipitang Tenom,” menurut kenyataan itu di sini.

JKR Sabah kini sedang mengambil tindakan awal termasuk membuat pembersihan permukaan jalan dan memasang pelan pengurusan trafik, menurut kenyataan itu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing dipenjara, didenda berhubung judi sabung ayam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular