HomeUtamaTaman permainan kanak-kanak di Taman Ujana Rimba Tropika ditutup sementara

Taman permainan kanak-kanak di Taman Ujana Rimba Tropika ditutup sementara

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu : Taman permainan kanak-kanak di Taman Ujana Rimba Tropika di sini akan ditutup sementara kepada umum bagi kerja-kerja menaik taraf alatan permainan bermula hari ini sehingga selesai.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu kenyataan memaklumkan, kerja-kerja menaik taraf ini akan melibatkan penukaran set alatan permainan sedia ada yang dikenal pasti berada dalam keadaan uzur.

Alatan permainan itu akan ditukar kepada alatan permainan yang baharu jenis modular yang bersifat lebih moden, edukatif, tahan lama dan selamat untuk digunakan.

Menurut kenyataan itu, set alatan permainan baharu yang akan dipasang itujuga adalah bebas daripada ancaman kecederaan, mempunyai pengiktirafan SIRIM dan mematuhi piawaian keselematan yang telah ditetapkan.

Sehubungan itu, tindakan penutupan sementara kawasan taman permainan kanak-kanak ini diambil sebagai langkah pencegahan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini, sehingga boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan kepada para pengunjung taman sepanjang tempoh menaik taraf ini.

Terdahulu, pada November 2024, DBKK telah mengambil tindakan serta-merta untuk membuat pembaikan berskala kecil terhadap alatan permainan kanak-kanak di Taman Ujana Rimba Tropika susulan aduan orang awam berkaitan kerosakan yang dialami serta menjalankan pemeriksaan susulan.

Berdasarkan Laporan Pemeriksaan dan Penilaian Kerosakan (Damage Assesment), alatan permainan di Taman Ujana Rimba Tropika mengalami 80 peratus kerosakan secara keseluruhan bagi semua komponen.

“Kerosakan berpunca daripada kadar penggunaan yang tinggi dan kegiatan vandalisme,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, alatan permainan di taman permainan kanak-kanak ini sudah digunakan melebihi tempoh 21 tahun, iaitu sejak taman mula dibuka pada tahun 2003.

Sepanjang tempoh ini, DBKK telah menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala dan
membuat pembaikan pada komponen yang rosak.

Menurut laporan, alatan permainan tersebut disahkan telah uzur dan sudah tidak selamat digunakan.

Adalah menjadi tanggungjawab DBKK untuk menyediakan persekitaran yang kondusif, khususnya di kawasan rekreasi seperti taman awam dengan penyediaan kemudahan dan fasiliti taman yang selamat dan berfungsi.

Justeru itu, penggantian alatan permainan yang rosak atau uzur adalah seiring usaha DBKK untuk meningkatkan keselamatan di taman awam ini – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Warga asing terlepas hukuman mati, terima 33 tahun penjara dan sebatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular