HomeUtamaKerajaan Sabah hargai sumbangan masyarakat Tionghua kepada negeri ini

Kerajaan Sabah hargai sumbangan masyarakat Tionghua kepada negeri ini

Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri amat menghargai sumbangan yang diberikan oleh masyarakat Tionghua kepada Sabah selama ini. 

Malah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan juga akan terus membela nasib rakyat di negeri ini tanpa mengira suku kaum dan agana. 

Justeru, beliau berharap masyarakat Tionghua terus memberi sokongan kepada kerajaan hari ini yang akan melakukan yang terbaik untuk pembangunan negeri serta rakyatnya.

“Persatuan Foochow Kota Kinabalu sememangnya memainkan peranan yang sangat penting dalam sektor perniagaan di negeri ini. 

“Saya berharap persatuan ini akan terus menggunakan semua peluang yang ada untuk bersama dalam arus pembangunan perdana agar negeri Sabah juga akan mendapat manfaatnya nanti. 

“Bukan hanya dalam perniagaan, malah persatuan ini juga memainkan peranan penting dalam mempromosikan pendidikan dan kebudayaan masyarakat Cina,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perayaan tahun baru cina Persatuan Foochow Kota Kinabalu di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Christina Liew.

Hajiji berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan kepada rakyat pelbagai kaum dan agama di Sabah untuk meraikan aktiviti kebudayaan masing- masing. 

Katanya, dengan mempunyai 35 etnik dan 217 sub-etnik, sudah pasti masing-masing dengan budaya, bahasa, dan adat resam yang unik selain kepelbagaian itu adalah anugerah yang menjadikan Sabah begitu istimewa.

“Persatuan Foochow Kota Kinabalu sendiri telah memainkan peranan penting dalam memupuk keharmonian ini. Melalui acara budaya dan projek komuniti, anda bukan sahaja memelihara warisan, malah merapatkan jurang antara komuniti. 

“Dedikasi persatuan ini dalam mempromosikan perpaduan adalah inspirasi bagi kita semua. Oleh   itu,   marilah   kita terus  memelihara dan memperkukuhkan perpaduan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, tahun ini merupakan penggal terakhir bagi Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 iaitu untuk tempoh 2021-2025.

“Sekiranya diberi mandat sekali lagi, kita akan teruskan dengan halatuju SMJ 2.0 dari tahun 2026 hingga 2030.

“Oleh itu, kita memerlukan sokongan daripada rakyat secara keseluruhannya termasuk masyarakat Tionghua di negeri ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Warga asing terlepas hukuman mati, terima 33 tahun penjara dan sebatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular