HomeUtamaYTL Communications Raih Dua Anugerah Berprestij di Asian Telecom Awards 2025

YTL Communications Raih Dua Anugerah Berprestij di Asian Telecom Awards 2025

Read Time:2 Minute, 43 Second

KUALA LUMPUR: YTL Communications Sdn Bhd terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju inovasi dalam industri telekomunikasi selepas meraih dua anugerah utama di Asian Telecom Awards 2025 yang berlangsung di Marina Bay Sands Expo, Singapura.

Syarikat ini menerima penghormatan dalam kategori “B2B Client Initiative of the Year” dan “Innovative Connectivity Solution of the Year”, membuktikan komitmen mereka dalam menyediakan penyelesaian sambungan terkini untuk pelanggan perusahaan melalui teknologi Yes 5G.

Anugerah “Innovative Connectivity Solution of the Year” diberikan atas kejayaan Yes Managed Wi-Fi, satu penyelesaian rangkaian generasi baharu yang mengintegrasikan 5G, virtualisasi berasaskan awan, dan pengurusan keselamatan kelas perusahaan.

Teknologi ini membolehkan sambungan yang lebih fleksibel, boleh diskalakan, dan mesra alam, walaupun dalam persekitaran yang mencabar.

Yes Managed Wi-Fi telah berjaya diterapkan di beberapa resort mewah seperti Tanjong Jara Resort dan Pangkor Laut Resort, memperkukuh infrastruktur rangkaian mereka dengan membolehkan roaming SSID tunggal dan pengurusan polisi rangkaian secara bersepadu.

Ini menghasilkan perkhidmatan Wi-Fi kelas perusahaan yang lebih stabil dan berprestasi tinggi tanpa memerlukan pemasangan fiber yang mahal.

Sementara itu, anugerah “B2B Client Initiative of the Year” diberikan atas kejayaan YTL Communications dalam memperkenalkan Yes Private 5G network.

Menggunakan teknologi 5G SA (Standalone) generasi terkini, rangkaian ini berupaya meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi dengan membolehkan penggunaan automasi, kecerdasan buatan (AI), dan robotik, sekali gus mempercepatkan transformasi Industri 4.0 di Malaysia.

Salah satu kejayaan utama adalah di Clarion Malaysia, yang kini menjadi kilang pintar pertama di Malaysia yang dikuasakan oleh AI dan robotik.

Melalui kerjasama dengan Cnergenz, YTL Communications membangunkan rangkaian 5G SA persendirian di premis tersebut, sekaligus menetapkan piawaian baharu dalam automasi industri dan kecemerlangan operasi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YTL Communications, Wing K. Lee, menyatakan bahawa kemenangan ini mencerminkan dedikasi syarikat dalam inovasi serta penyampaian penyelesaian bertaraf dunia yang memberi impak besar kepada masyarakat dan sektor perniagaan.

“Yes 5G bukan hanya mengenai kelajuan internet yang lebih pantas, tetapi juga transformasi industri, pemberdayaan perniagaan, dan mempercepatkan pembangunan digital negara.

“Kami berterima kasih atas pengiktirafan ini dan akan terus berusaha untuk membawa Malaysia ke hadapan sebagai negara digital yang maju,” katanya.

Sejak pelancarannya sebagai penyedia 5G pertama di Malaysia pada 2021, YTL Communications telah mengumpul pengalaman berharga dan memperhalusi perkhidmatannya, menjadikan Yes 5G sebagai rangkaian terpantas di Malaysia selama dua tahun berturut-turut (2022 & 2023) menurut OOKLA.

Dengan pelaburan strategik dalam Taman Data Hijau 500MW, kerjasama dengan Nvidia untuk membangunkan Awan AI pertama Malaysia, serta pengenalan bank digital berasaskan AI pertama, YTL Communications berada di barisan hadapan sebagai pemacu transformasi digital di pelbagai industri.

Asian Telecom Awards merupakan acara berprestij yang mengiktiraf syarikat-syarikat yang memacu inovasi serta perubahan transformasi di rantau Asia Pasifik.

Anugerah ini mengiktiraf pemimpin industri yang membentuk masa depan sambungan digital serta mendefinisikan semula landskap telekomunikasi.

Menurut Joongshik Wang, Pengarah Urusan EY-Parthenon dan juri di Asian Telecom Awards 2025, teknologi AI, 5G, dan seni bina berasaskan awan sedang mengubah cara perusahaan beroperasi, mendorong model perniagaan baharu dan meningkatkan kecekapan.

“Penggunaan automasi, kecerdasan data, dan infrastruktur IT moden kini menjadi faktor kejayaan kritikal bagi syarikat yang mahu kekal berdaya saing.

“Saya mengucapkan tahniah kepada YTL Communications atas kepimpinan mereka dalam inovasi 5G dan monetisasi teknologi ini,” katanya.

Dengan kejayaan ini, YTL Communications terus mengukuhkan reputasinya sebagai peneraju dalam industri telekomunikasi dan inovasi digital di Malaysia serta peringkat antarabangsa.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing dipenjara, didenda berhubung judi sabung ayam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular