HomeUtamaHujan berterusan tahap waspada dijangka landa Sabah esok

Hujan berterusan tahap waspada dijangka landa Sabah esok

Read Time:30 Second

Kota Kinabalu : Hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda beberapa bahagian di Sabah selama dua hari mulai Jumaat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan hari ini memaklumkan kawasan terlibat di Sabah termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan).

Turut dilanda cuaca sama adalah di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) termasuk Labuan.

“Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah selama dua hari bermula esok sehingga Sabtu ini,” menurut kenyataan itu di sini.

Selain Sabah cuaca itu dijangka akan berlaku di Limbang Sarawak dalam tempoh sama. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Golongan belia terus diberi perhatian, tingkat keupayaan dalam keusahawanan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular