HomeUtamaAmbil tindakan segera laluan digenangi air - Dr Yusof

Ambil tindakan segera laluan digenangi air – Dr Yusof

Read Time:1 Minute, 17 Second

Beaufort : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob mahu pihak terlibat mengambil tindakan segera untuk memperbaiki laluan jalan raya dari Kampung Bukau ke Ai Zhen (Batu 5) yang tidak dapat dilalui akibat banjir.

Katanya, ia termasuklah mengorek laluan bagi membolehkan aliran air keluar dengan cepat yang kini ‘termenung’ menyebabkan kenderaan sukar untuk melaluinya.

“Pada tengah hari ini saya melihat kawasan banjir di jalan di antara Beaufort menghala ke Sipitang dan kawasan ini yang dalam dan menyukarkan kenderaan untuk lalu kerana air bertakung. Sekarang ini boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda dan juga lori. Tapi kenderaan kecil masih belum lepas.

“Tadi saya menghadiri mesyuarat di bilik gerakan di Beaufort dan kita cadangkan supaya sebolehnya ada laluan air yang perlu dikorek sebelah kanan supaya aliran air yang tersekat cepat turun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau kawasan jalan raya yang terjejas banjir tengah hari tadi.

Yusof berkata, meskipun kawasan itu terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan namun ianya telah menjejaskan penduduk Sipitang untuk berurusan di Beaufort mahupun Kota Kinabalu.

“Ramai yang menghubungi saya, terutama sekali orang-orang Sipitang yang ingin berurusan ke Kota Kinabalu dan juga mereka yang datang daripada Sarawak, Brunei dan juga Kalimantan yang lalu jalan ini. Sama ada pergi ke Kota Kinabalu ataupun sebaliknya untuk pulang.

“Jadi kita berharap ia dapat diselesaikan dan kita minta tadi Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat melihat perkara ini untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. 

“Kita berharap tidak lagi hujan turun dan air di sini turun dengan cepat,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kes HFMD di seluruh negara meningkat 266 peratus – KKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular