HomeUtamaLelaki warga asing didakwa amang seksual budak lelaki di belakang tandas Masjid

Lelaki warga asing didakwa amang seksual budak lelaki di belakang tandas Masjid

Read Time:44 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Tertuduh, Mohsin Khan, 35, didakwa melakukan perbuatan itu pada 28 Disember 2024, kira-kira jam 3.30 petang, di belakang tandas sebuah masjid di Putatan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Mohsin kerana dia tidak memahami Bahasa Melayu dan meminta pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Pashto.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Shafeerah Mad Iskim, memohon tarikh sebutan semula kes sementara menunggu jurubahasa Bahasa Pashto disediakan. Pihak pendakwaan juga tidak menawarkan sebarang jaminan sementara menunggu pengesahan pasport tertuduh.

Hakim Amir Shah Amir Hassan menetapkan 10 April sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mohsin didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

RELATED ARTICLES
Utama

Projek Nanas MD2 di Beaufort capai kejayaan eksport pertama ke Singapura

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular