HomeUtamaPesara ditahan SPRM Sabah, bakal didakwa kemuka tuntutan palsu bernilai RM60,000

Pesara ditahan SPRM Sabah, bakal didakwa kemuka tuntutan palsu bernilai RM60,000

Read Time:39 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang pesara disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM60,000.

suspek lelaki berusia 60-an itu telah ditahan kira-kira jam 9.45 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Keningau.

Menurut sumber siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara Mac 2020 hingga Ogos 2021.

“Suspek juga disyaki mengemukakan dokumen tuntutan elaun penugasan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atas nama anak dan isterinya sedangkan mereka tidak pernah hadir bertugas,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. Suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah pada 14 Mac ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kehadiran pelancong ke Sabah terus meningkat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular