HomeUtamaBayi lelaki baru lahir ditemui tepi jalan di Semporna

Bayi lelaki baru lahir ditemui tepi jalan di Semporna

Read Time:53 Second

Oleh FLORIETA DIET

SEMPORNA: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dan dibungkus dengan kain ditemukan oleh orang awam di tepi Jalan Kampung Keramat, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Sabri Zainol, berkata bayi itu ditemui pada Jumaat (7 Mac) lepas, di atas rumput kira-kira jam 1 petang.

“Orang awam yang menemui bayi itu segera melaporkan kejadian kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna untuk tindakan lanjut.

“Bayi itu telah dibawa ke Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan perubatan segera. Doktor yang merawat bayi itu mengesahkan tiada kecederaan serius yang ditemui. Bayi itu, yang dianggarkan seberat 3.1 kg, kini berada di hospital untuk pemantauan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Polis Daerah Semporna memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai penemuan bayi ini untuk menyalurkan maklumat melalui talian Hotline IPD Semporna di 089-782020 atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohammad Hafizudin Akram Ghafar Ismail di talian 013-7557293.

RELATED ARTICLES
Utama

GRS wajar ketuai PRN Sabah – Hajiji Noor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular