HomeUtamaIDS hantar bantuan kepada mangsa banjir di Beaufort

IDS hantar bantuan kepada mangsa banjir di Beaufort

Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Daerah Beaufort antara kawasan paling teruk terjejas akibat limpahan mendadak Sungai Padas sejak Jumaat lalu berikutan hujan berterusan.

Prihatin dengan situasi itu, Institut Kajian Pembangunan (Sabah) atau IDS melaksanakan misi bantuan kemanusiaan pada 12 Mac 2025 sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

Misi ini diketuai Pengerusi IDS, Datuk Seri Azizah Mohd. Dun bersama Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul, yang turun padang meninjau keadaan serta menyantuni mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir dan Dewan Kebudayaan Bisaya Beaufort yang menempatkan kira-kira 625 mangsa banjir.

Azizah turut menyerahkan Hero-Meals, makanan sedia dimakan (RTE), kepada mangsa banjir sebagai bantuan segera.

Beliau berkata, bantuan ini bukan sekadar memenuhi keperluan asas tetapi turut mencerminkan komitmen IDS dalam membantu masyarakat yang terjejas.

Katanya, dengan pengalaman beliau sebagai mantan Ahli Parlimen P.177 Beaufort, kebajikan penduduk setempat terus menjadi keutamaan.

Dalam satu perkongsian video di media sosial pada 10 Mac 2025, Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul menjelaskan bahawa berdasarkan ramalan model cuaca global yang turut digunakan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), musim tengkujuh dijangka berakhir pada penghujung Mac atau awal April.

“Sabah masih mengalami hujan lebat akibat Monsun Timur Laut (MTL), yang berpotensi menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran sungai.

“Gelombang keempat tengkujuh kali ini berpunca daripada monsun, bukan La Niña, yang dijangka hanya bermula hujung 2025 hingga pertengahan 2026,” katanya.

Menurut Ramzah, Sebagai langkah proaktif, IDS melalui inisiatif D-Hub bekerjasama dengan 20 NGO dari seluruh Sabah, termasuk Kembara Kitchen, CIMB Foundation, dan Perwira, bagi memastikan bantuan disalurkan dalam tempoh 24 jam kepada komuniti terjejas.

“IDS turut menekankan kepentingan kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana dan komited memperkukuh daya tahan masyarakat terhadap ancaman alam pada masa hadapan.

“IDS akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam menjamin kesejahteraan mangsa bencana serta memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Warisan Silap Sasaran Isu Subsidi LPG, Kata Setiausaha Politik Ketua Menteri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular