HomeUtamaLelaki lemas ketika menyelam mencari ikan

Lelaki lemas ketika menyelam mencari ikan

Read Time:1 Minute, 4 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA BELUD: Seorang lelaki berusia 29 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan hilang semasa melakukan aktiviti menyelam mencari ikan di Sungai Kampung Pirasan, di sini, awal pagi tadi (13 Mac).

Ketua Balai Bomba Kota Belud Muhammad Syazwan Latun berkata, berdasarkan laporan, mangsa bersama empat ahli keluarganya mula menyelam pada jam 01:20 pagi. Namun, pada jam 01:30 pagi, mangsa tidak timbul dan usaha mencari oleh ahli keluarganya dengan cara menyelam tidak berhasil.

“Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud menerima panggilan bantuan pada jam 02:19 pagi untuk membantu mencari mangsa,” katanya.

Pihak Bomba yang tiba di lokasi kejadian pada 2.25 pagi melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama anggota polis dan penduduk kampung dengan kaedah pencarian di permukaan (surface search) pada jarak sekitar 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Operasi itu turut disertai oleh seramai 30 penduduk kampung dan dua anggota polis.

Operasi SAR terpaksa ditangguhkan pada jam 03:55 pagi dan disambung semula pada pagi itu.

Mangsa akhirnya ditemukan pada jam 08:30 pagi oleh penduduk kampung di lokasi yang sama mangsa dilaporkan hilang.

Pasukan Bomba bersama penduduk kampung kemudian mengangkat mayat mangsa ke tepi sungai sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.50 pagi.

RELATED ARTICLES
Utama

KPDN Sandakan terus pantau harga barangan sepanjang musim perayaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular