HomeUtamaKerjasama ekonomi Amerika Syarikat, Malaysia terus diperkukuh

Kerjasama ekonomi Amerika Syarikat, Malaysia terus diperkukuh

Read Time:49 Second

Kota Kinabalu: Kerjasama ekonomi dua negara di antara Amerika Syarikat dan Malaysia akan terus diperkukuh.

Duta Besar Amerika Syarikat, Edgard D. Kagan berkata, kerjasama tersebut adalah sangat penting kerana memberikan manfaat dan perkembangan ekonomi bagi kedua-dua negara termasuklah Sabah.

“Malaysia banyak menjalankan perniagaan bersama dengan Amerika Syarikat dalam pelaburan yang telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi Malaysia selama bertahun-tahun ia termasuk negeri ini.

“Kami sangat komited untuk bekerjasama rapat kerajaan Malaysia bagi memberi manfaat kepada rakyat di kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman, di sini semalam.

Dalam pada itu, Edgard turut menyatakan ia merupakan kunjungan kali pertama kepada Tun Musa selepas dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Edgard turut menjelaskan Zoo Oregon dan Yayasan Zoo Oregon yang berasal dari Amerika Syarikat turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa NGO dan Jabatan Hidupan Liar Sabah bagi memperkukuh usaha pemuliharaan, berkongsi kepakaran, serta membina kapasiti dalam pengurusan hidupan liar.

RELATED ARTICLES
Utama

Alexander puji komitmen Sabah percepat projek Pan Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular