HomeUtamaKerajaan dicadang beri lebih banyak sokongan kepada kanak-kanak OKU

Kerajaan dicadang beri lebih banyak sokongan kepada kanak-kanak OKU

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan Jannie Lasimbang mencadangkan agar lebih banyak sokongan diberikan kepada kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri ini.

Beliau yang turut mengalu-alukan penubuhan Pusat Autisme Sabah berkata, peruntukan secara sistematik dan berterusan kepada badan bukan Kerajaan (NGO) yang membantu menjalankan khidmat sosial kepada OKU wajar ditingkatkan.

“Bagi anak-anak autisme, terapi di Pusat Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) hanya bermula pada umur enam tahun, sedangkan intervensi awal sangat penting. Saya berharap agar Pusat Autisme Sabah menyediakan khidmat terapi seawal tiga atau empat tahun. 

“Saya juga ingin bertanya, apakah rancangan kerajaan untuk memperkenalkan program bimbingan atau sokongan psikososial kepada ibu bapa yang membesarkan anak autism. 

“Ramai di kalangan mereka ini menghadapi tekanan emosi dan sosial yang mendalam, dan memerlukan ruang untuk belajar, berkongsi, dan mendapat sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Kerajaan negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini semalam.

Dalam hal penjagaan warga emas pula, Jannie turut memohon agar kerajaan mempertimbangkan penubuhan pusat jagaan siang untuk warga emas, terutamanya di kawasan Kapayan.

Katanya, pusat-pusat ini boleh dikendalikan oleh komuniti wanita setempat sebagai inisiatif pemberdayaan ekonomi dan sokongan kepada penjaga tidak bergaji terutamanya anak-anak atau menantu yang menjaga ibu bapa mereka sambil bekerja.

Sementara itu, beliau turut menyokong inisiatif Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA) dan Sumbangan Kegiatan Sekolah Sabah (SUKSES) yang diperkenalkan Kerajaan Sabah.

Katanya, inisiatif itu bagi pelajar daripada keluarga B40 namun masih ramai pelajar luar bandar yang terlepas peluang kerana tiada akses maklumat atau tidak mampu meneruskan pelajaran selepas SPM atau STPM.

“Justeru, saya mencadangkan agar sekolah, dengan kerjasama kerajaan Sabah, mengambil tanggungjawab lebih aktif untuk memastikan tiada pelajar tercicir dari peluang pendidikan tinggi.

“Bagi golongan belia, saya ingin menekankan pentingnya hubungan yang kuat antara pembangunan sosio-budaya dan kesejahteraan mereka. Kita harus bantu membentuk asas kehidupan yang kukuh dan bermakna untuk belia kita,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kumpulan Kibing ambil 700 lagi pekerja rakyat Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular